Friday, August 13, 2010

Ebook ke-2 daripada Abang Ensem - Meletup!

Tak sampai 1 bulan melancarkan ebook Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar yang mendapat sambutan menggalakakan, nah muncul pula ebook ke-2 beliau bertajuk Tip dan Panduan Membeli Rumah Terpakai! Seminggu selepas pelancarannya, jualan mencecah ratusan unit, memang hot dan meletup.

Ebook ini mendedahkan tip & panduan penting bagaimana nak beli rumah terpakai (second-hand), rumah bukan dari pemaju la... Supaya anda tahu cara dan kaedah yang betul...



Nanti takut tertipu dengan harga, nilai hartanah semasa dilokasi yang anda pilih. Banyak panduan berguna hasil dari pengalaman penulis sendiri dalam membeli rumah terpakai.

Jika anda nak beli rumah, pastikan tahu cara yang betul dan bagaimana menguruskan pinjaman, yuran guaman, penjual dan banyak lagi...

Klik di sini untuk maklumat lanjut...

Terima kasih.

Thursday, July 8, 2010

Speed Internet Anda Ada OK?

Minggu lepas wireless router aku rosak, terpaksa pakai cable untuk layari internet. Sebelum ni aku guna AZTECH wireless G router + modem. Rupanaya ada hikmah bila ia rosak.

Aku telah menggantikan router yg rosak tu dengan Wireless router TP-LINK N 300 Mbps, memang ketara juga speed kalau nak dibandingkan dengan speed sebelum ni. Aku ada buat test speed....






Berikut result testing speed yang telah dibuat.

http://www.speedtest.net/










Streamyx Speedometer













Cuba la test tengok, speed kor orang nyer internet. Kalau rasa slow, tukar le kepada wireless N 300 mbps, baru nampak perbezaan nyer...

Wednesday, June 16, 2010

Ebook Hartanah Yang Amat Mengancam!

Baru-baru ni saya menerima telefon oleh sahabat lama saya, mintak tolong design beberapa grafik untuk web dan grafik ebook pertama beliau yang baru dilancarkan 2,3 hari yang lepas.

Mula-mula macam tak percaya jer dia nak tulis ebook, tapi akhirnya telah terbukti berhasil.

Pengalaman beliau selama 10 tahun berkecimpung dalam bidang hartanah telah di DEDAHKAN dalam ebook ini. Beliau menceritakan bagaimana nak menjadi JUTAWAN hartanah hanya dengan memiliki rumah yang mampu kita miliki yang tak ramai orang fikirkan.

Kini beliau telah memiliki 14 buah rumah disekitar Lembah Kelang, dan bakal membeli lagi rumah dari semasa ke semasa. Hasrat beliau ingin memiliki rumah sebanyak 30 buah pada umur 40 tahun.

Tak payah 30 buah, dengan hanya 14 buah rumah yg beliau miliki kini, eset nyer dah melebihi 1 juta. Memang tak disangka, cara ini mudah dan amat praktikal bagi sesiapa yang ingin dan serius menjadi jutawan hartanah.

Saya dah baca ebook ini, memang semppoi. Kalau anda nak tahu, bagaimana beliau memiliki 14 buah rumah ini, ikuti pendedahan beliau.

Klik di sini untuk maklumat lanjut...

Terima kasih.

Thursday, April 1, 2010

Dapatkan Wang Dengan Menggunakan Search Engine MyLook!

Saya terjumpa sesuatu yang sangat hebat,Saya terjumpa satu lubang untuk mendapat duit freetanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal sekalipun. Macama ni,satu search engine baru menawarkan anda duit dalam dollar dengan anda hanya menggunakan search engine mereka.
apa yang perlu buat hanyalah daftar percuma dan menggunakan search engine untuk mencari apa-apa sahaja di internet.
hanya search di MYLook, anda akan di beri share.

1 search = 1 share = $0.22.
1 hari maksimum 5 keyword search sahaja dibenarkan,

bermakna 1 hari pendapatan minima yang anda boleh jana adalah
$1.10 x 30 hari = $ 33.
memang betul-betul duit free. tak sampai 5 minit pun anda gunalkan search engine mereka dalam sehari, anda dah pun boleh dapat $ 1.10
Dan untuk mendapatkan tambahan duit dalam dollar lagi, anda boleh perkenalkan rakan=rakan anda untuk mendaftar dan menggunakan search engine MYLOOK ini.
1 orang yang anda refer = 5 share = anda dapat $ 1.10 dan anda akan dpt 20% drpd number of shares rakan yang anda perkenalkan tadi
kita abaikan yang 20% tu.
katalah setiap hari anda dapat memperkenalkan 5 orang rakan, anda dah dapat $ 5.50 + $ 1.10 bila anda menggunakan search engine mereka dalam sebulan akan dapat menjana $ 198 dolar = RM 656.77 tanpa mengeluarkan walau sesen pun duit dari poket anda.
tak akan rugi apa-apa jika mencuba, dan inilah peluang anda untuk mendapatkan duit percuma macam ni.

untuk memulakannya, klik di sini sekarang...

TQ

Thursday, March 11, 2010

Perisian MS Office 2010, Beta Version - PERCUMA!

Perisian MS Office 2010 versi Beta telah dikeluarkan dan anda boleh cuba menggunakannya dengan percuma.


Bagi anda yang tertunggu-tunggu perisian terkini dari Microsoft, inilah masanya yang paling sesuai untuk mencuba fungsi terbaru dalam Office 2010 ni...
















Jom sama-sama kita cuba perisian baru ni. Saya pun baru download, install dan nak cuba. Agaknya apa fungsi terbaru yang menarik yang membezakannya dengan versi sebelumnya.

Download di sini
Download, jangan tak download, lepas tu beri komen mengenainya di sini ok.

TQ

Thursday, January 21, 2010

Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet!


SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.

Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmaranancamankeselamatanpenggunaInternet/Article

Terima kasih

Monday, December 28, 2009

Browser Baru untuk Melayari Internet!


Kini ada bowser terbaru untuk anda melayari internet dengan lebih laju dan antaramuka grafik yang mempesonakan. Dan anda boleh dapatkannya secara percuma sahaja.

Cuba download dan rasai perbezaannya. Rasa laju sedikit dari internet explorer masa melayari internet. Saya dah cuba, anda...

Biasanya kebanyakkan daripada kita melayari internet menggunakan Interner explorer ataupun Mozilla Firefox. Kini ada satu lagi perisian browser yang anda boleh download secara percuma yang dikenali sebagai "Safari". Namanya macam nama orang jer kan...

Saya dah cuba download dan guna perisian tersebut, terasa juga lajunya bila melayari internet. Tapi yang paling best, grafik browser tersebut. Ia akan menyimpan web yang selalu kita layari secara grafik. Anda hanya klik pada grafik dan terus loading ke laman web berkenaan.

Ok, di mana naka download?

Anda boleh download dengan klik di sini...

Selama mencuba.

TQ

Wednesday, November 18, 2009

Download Windows 7 Tranformation Pack - PERCUMA!

Dah hampir 2 bulan windows 7 dilancarkan oleh Microsoft, anda dah dapatkan ker windows versi terbaru ni? Kalau untuk mencuba, rasanya lebih elok kita install skin windows 7 pada Win XP dulu, try dulu interface dia lepas tu baru tahu macam mana.
Apa benda Download Windows 7 Tranformation Pack ni? Ya, ia merupakan software yang akan menjadikan komputer kita seolah-olah macam menggunakan windows 7, sedangkan kita hanya menggunakan Win XP jer.
Enginnyer adalah win XP tetapi kulitnya adalah windows 7. Semua button, ikon, windows, toolbar dll akan ditukar seperti windows 7. Ok lah, tak payah sembang panjang, kat ner nak download tool ni. Klik jer link kat bawah tu, dan anda terus dibawa kepada download page. Hah, download sekarang.
Download windows 7 transformation pack di sini...

Password - www.stuffheaven.com
Moga anda happy dengan kulit baru windows XP anda ni.
TQ

Wednesday, October 28, 2009

Penipuan di Internet Menggunakan Nama Maybank!


Penipuan berlaku dengan pelbagai cara, secara sedar dan tidak sedar, sengaja dan tidak sengaja, secara online dan juga offline. Jadi awas jika anda menerima email-email yang meminta anda aktifkan akaun bank, atau pun masukkan id & password anda untuk tujuan keselamatan dan lain-lain. Jom kita baca apa email yang saya terima tu...


Minggu ni saja saya ada terima 3 email yang konon-kononnya datang dari pihak maybank mengenai akun maybank2u saya. Kononnya akaun saya telah dihentikan buat sementara waktu kerana ada cubaan login masuk oleh mereka yang tidak dikenali. Ia dihentikan atas tujuan keselamatan.

Email itu meminta saya aktifkan semula akaun tersebut. Ha, nak baca email yang original, ada kat bawah ni:

Dear Valued Customer,


Your account was suspension. An unauthorized transaction was attempted by an unknown user. We have suspended your account for security reasons. Your urgent attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be closed if not activated now.


Proceed.
bm2unew.com/M2ULogin.htm


Maybank Berhad

Mengapa saya tak percaya:

1) Pihak maybank tak akan email kepada pengguna jika ada masalah pada akaun anda, biasanya mereka akan terus call.
2) Alamat sender sepeti berikut, Maybank Berhad
3) Yang paling nampak sangat tipu akaun M2U saya boleh masuk macam biasa, tak diberhentikan pun.

Jadi awas, jika anda juga dapat email seumpama ini.

Terima kasih

Wednesday, October 7, 2009

Masa untuk Tukar Password Hotmail Anda!

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka telah menutup beribu-ribua akaun hotmail atas alasan keselamatan. Jadi jika anda ada akaun hotmail dan masih aktif menggunakannya, pastikan anda menukar/kemaskini password anda sebagai langkah keselamatan. Berikut petikan...

Microsoft has confirmed that thousands of Windows Live accounts have been
compromised with their passwords posted online. Mainstream media such as
the BBC are also carrying the story. Some information is posted here.

Some does and don'ts:

* Do change your passwords on a regular basis (every six months or so)
* Do use long complex pass-phrases rather than passwords where you can
* Do change all of your passwords if you notice something suspicious
* Do take identity theft seriously
* Do use up-to-date anti-virus and a firewall
* Do NOT click on links in emails, ever
* Do NOT use the same password at multiple sites

Jadi, bertindak sekarang!

Terima kasih

Monday, October 5, 2009

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang SPAM


Berapa banyak spam Anda terima setiap hari? Awas, ada beberapa huruf yang memang disukai oleh spam. Jadi kalau Anda menerima spam lebih banyak dari rakan-rakan anda, mungkin huruf pada nama atau alamat email anda memang menarik perhatian spam. Betul ke macam tu?

Huruf Rawan

Menurut Dr. Richard Clayton dari University of Cambridge, jika alamat email yang dimulai dengan huruf “A”, “M”, “S”, “R” dan “P,” sebanyak 40% diklasifikasikan sebagai spam atau juga target spam. Sedangkan huruf depan yang tidak popular adalah “Q”, “Z” dan “Y.” Penemuan ini adalah berdasarkan kepada penyelidikannya selama 2 bulan iaiitu pada bulan Februari dan Mac tahun 2008 terhadap 550 juta email dari provider yang berbeza.

Nama yang umum juga akan jadi sasaran spam paling mudah. “Para spammer biasanya mempunyai seperti kamus serangan,” jelas Clayton. Jika ada orang yang menggunakan alamat email ann@example.com, maka ia akan mengulangi nama serupa dengan provider email berbeza. Jadi semua orang dengan nama depan sama akan terkena spam juga.

Makin banyak nama kita terpampang di Web, makin besar pula kemungkinan kena spam. Huruf U juga mengundang spam hingga 50%. Clayton menduga ini disebabkan banyak alamat email diawali dengan kata "user1" dan "user2". Adakah anda sedia untuk menukar alamat email anda?

Diterjemahkan secara bebas dari Popularscience.com

Friday, September 4, 2009

125 laman web digodam sejak 31 Ogos

Kepada semua admin web, berhati-hati. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemaskini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam.

Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam.

"Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut.

Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti menjejaskan lain selain webpage yang disisip.

SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka, kata suruhanjaya itu. BERNAMA

Terima kasih

Thursday, July 16, 2009

Rakaman Lagu Terakhir Mikaeel (MJ) - Nasyid

Salam Semua sahabat,

Allahyarham Mikaeel (MJ) mungkin telah mendapat hidayah ALLAH dan mungkin sekarang ditempatkan dikalangan orang-orang yang SOLEH (Insyallah). Anggaplah ini bingkisan terakhir dari beliau untuk semua umat di DUNIA tak kita apa AGAMA.

Sebelum beliau pergi meninggalkan kita, beliau sempat merakamkan sebuah nashid yang tidak disebarkan oleh syarikat rakaman tersebut.

Cuma nak kongsi kat sini. Percaya atau tidak, lagu ini adalah rakaman terakhir Allahyarham Mikaeel (MJ)

"They found it on one of Mikaeel's die hard fan website blog. It's not been published by his recording company (for sure right since he's Muslim right now) but I can guarantee if he still alive, I'm sure he'll write & produce many song especially in nasyid genre just like greatest songwriter & singer, Yusuf Islam a.k.a Cat Stevens. Hopefully his soul & body will be bless by Allah where He gave hidayah to him before end of his life".

Nak dengar lagu ini, klik sini untuk download

Sayu dengar lagu ni, macam nak nangis, Mikaeel Abdullah pergi dengan hidayah, nasib kita belum tentu lagi. YA ALLAH kurniakan lah Hidayahmu kepada kami semua, lindungilah kami di dunia dan di akhirat. Matikanlah kami dalam IMAN. AMIN

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Mikaeel Abdullah (MJ)

Sunday, May 24, 2009

Awasi Email dari Maybank!















Adakah anda menggunakan kemudahan Maybank2u? Pernah menerima email dari Maybank?

Jika ya, anda perlu berhati-hati, kerana besar kemungkinan email itu bukan dari pihak Maybank.

Saya pernah terima email kononya dari pihak maybank yang meminta saya untuk memasukkan username & password untuk tujuan kemaskini dan macam-macam lagi. Klik atas gambar untuk lihat skrin lebih besar. Anda cuba lihat ayat yang ditulis di situ. Ejaan "because" jadi "becouse". Tak kan la pihak Maybank nak buat silap sesimple itu, nampak sangat penipu...

AWAS! Jangan login kerana jika anda berbuat demikian, pentadbir web tersebut akan dapat tahu username dan password anda. Ketahuilah saudara, bahawa pihak Maybank tak akan hantar email kepada pelanggannya jika ada masalah, mereka akan call atau pun hantar mesej melalui akaun maybank2u.

Lagi satu, akaun M2U saya tiada masalah, tetiba ja dapat email ni, setahu saya pihak maybank tak akan hantar email macam ni untuk tujuan support, biasanya kita yg kena call atau ke maybank cawangan terdekat. Tipu lagi...

Jadi awas, jangan jadikan diri anda sebagai mangsa penipuan cyber ini.

Terima kasih