Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira bagi memilih password yang baik.
· Password mesti terdiri dari satu perkataan, tanpa ada ruang kosong di antara 2 perkataan.
· Anda tidak boleh menggunakan nickname anda sebagai password.
· Anda tidak boleh menggunakan perkataan "password" sebagai password anda.
· Password boleh mencapai panjang 64 aksara.
· Password tidak boleh dimulakan dengan tanda titik dua.
· Password sangat sensitive sifatnya, maksudnya jika anda menggunakan huruf besar sebagai password anda ketika mendaftar, anda perlu menggunakan yang sama ketika login.
Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.
1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.
2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.
contoh: nama : meor password:meor1
3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.
Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.
4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.
5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.
Tips:
Cara yang baik untuk memilih password yang kompleks adalah berpikir tentang beberapa perkataan, kemudian ambil huruf pertama atau kedua dari tiap-tiap perkataan tersebut. Password hasil dari cara ini, menyukarkan orang lain untuk menduga. Anda dapat mengingatinya dengan mudah dari susunan perkataan dan aturan dari beberapa perkataan yang telah dipilih tadi. Sebaiknya password anda terdiri dari kombinasi huruf dan nombor. Jangan terlalu panjang dan jangan pula terlalu pendek. (5-8 aksara). Selalu ubah password anda jika anda merasakan seseorang telah mengetahui password tersebut dan yang paling penting, jangan lupa password anda.
Saturday, February 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...