Monday, February 12, 2007

Mengenali Format URL

Ketahui format URL

Apa itu URL? Ia terdiri dari “Uniform Resource Locator”, bermaksud alamat susuatu laman web. Kebiasaannya terdiri dari 3 bahagian utama iaitu :-

a) Domain name - Ia merupakan nama bagi yang digunakan oleh individu/syarikat semasa pendaftaran di web hosting, contoh http://www.utusan.com.my di mana utusan adalah nama domain bagi syarikat utusan.

b) Zone name – Nama bagi bidang atau zon sesuatu laman web tersebut. Sebagai contoh .com untuk commercial, .edu untuk pendidikan, .gov untuk kerajaan dsb.

c) Country code – Kod bagi sesebuah Negara, contoh .my untuk Malaysia, .sg untuk Singapura, .th untuk Thailand dsb.

Walaupun begitu, tidak semua alamat laman web mempunyai “country code”. Ia bergantung kepada nama domain yg. dipilih oleh pemilik laman web itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...