Monday, April 9, 2007

Tips mengenai password

Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.

1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.

2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.

contoh: nama : meor password:meor1

3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.

Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.

4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.

5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...