Saudara/ri,
Adakah anda telah mempunyai laman web atau blog? Jika jawapannya Ya, maka, apakah nama domain yang anda gunakan? Adakah anda gunakan sebarang nama yang tidak memberi makna apa-apa pada web anda atau macam mana?
Jika anda berfikir nama domain adalah hanya sekadar nama dan tidak memberi apa-apa makna, maka andaian anda tu silap, kerana ia amat penting bagi laman web anda terutamanya web perniagaan. Mungkin anda bertanya, mengapa ia penting? Ya, ia memang sangat penting.
Pemilihan nama domain yang betul ni sebenarnya mempengaruhi pelanggan yang akan melawati web anda. Cuba bayangkan, anda memasuki satu laman web yang mempunyai domain yang susah untuk dieja atau terlalu panjang, mungkin anda malas nak masuk web yang sama pada masa lain, jika kita bandingkan dengan nama domain yang ringkas dan menarik.
Perkara yang lagi penting adalah, nama domain juga merupakan faktor dalam menentukan SEO iaitu kedudukan laman web anda dalam search engine. Anda nak dapatkan kedudukan yang baik tak? Kalau ya, pastikan anda memilih nama domain yang betul. Anda boleh rujuk tip bagaimana untuk memilih nama domain yang baik dalam blog ini. Mungkin anda tidak berapa nampak kesannya, tak mengapa. Anda cuba dahulu dan akan dapat hasilnya. Jika anda serius dalam perniagaan internet, anda juga perlu serius dalam memilih nama domain.
Moga anda dapat manafaat untuk post hari ini.
Friday, May 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...