Mengapa perlu domain name?
Nama domain merupakan alamat kepada laman web anda. Dengan mengetahui domain name, laman web anda boleh diakses. Untuk membolehkan laman web anda diakses di seluruh dunia, ia perlulah dimuatnaik (upload) ke komputer utama yang berkuasa tinggi yang dipanggil sebagai pelayan web atau web server. Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 10.152.221.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain name bagi memudahkan peoses pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web.
Bagaimana domain name berfungsi?
Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain jomwebtemplate.com contohnya telah didaftarkan Internet-Webhosting yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server.
Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.jomwebtemplate.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name jomwebtemplate.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar jomwebtemplate.com kepada pelayar web.
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...