Wednesday, May 28, 2008

Adakah download page anda selamat?

Tahukah anda apakah produk yang paling laris dijual di internet? Ya jawapannya sudah pasti produk berbentuk digital, seperti ebook, laporan, script, perisian, manual dan banyak lagi. Ramai rakan-rakan kita telah mempunyai produk jualan berbentuk digital dan laman web jualan sendiri. Namun bagaimana anda menyediakan download page untuk pelanggan anda download produk tersebut?

Pernahkah anda terfikir adakah selamat download page anda? Pernahkah anda buat sedikit kajian tentang keselamatan download page tersebut? Jika anda tidak ambil pusing perkara ini sebelum ini, selepas ini anda MESTI ambil berat perkara ini.

Mahukah anda, bakal pelanggan anda boleh download produk digital anda tanpa membuat bayaran? Mahukah anda memberi kepada pelanggan dengan PERCUMA produk jualan anda? Mahukah anda, ebook yang anda tulis berbulan-bulan dapat di download dengan mudah oleh pelawat laman web anda tanpa anda sedari? Saya rasa semua soalan tersebut jawapannya TIDAK kan...

Jadi, bagaimana anda pastikan bahawa download page anda adalah selamat? Bagi mereka yang ada kemahiran komputer tidak mengapa, tetapi bagi mereka yang tiada kemahiran, macam mana kita nak selesaikan masalah ini? Mungkin anda perlu libatkan pihak kedua, minta pihak lain yang sediakan untuk anda dan anda membayar dengan sekian harga atau anda membeli produk yang menyediakan servis tersebut dll. Jika anda ada cara lain, boleh kongsikan di sini.

TQ

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...