Seringkali kita dengar, untuk memulakan sesuatu perniagaan, ia sering kali dikaitkan dengan modal. Nak buat bisnes, kena ada modal, kalau tidak jangan buat bisnes. Mungkin pendapat itu boleh diterima pakai kalau anda nak mula bisnes secara conventional. Bagaimana pula dengan perniagaan internet?
Ya, perniagaan internet tidak sama seperti perniagaan biasa terutamanya dari sudut modal. Ia tak perlukan modal yang besar pun. Di bawah ni saya senaraikan bentuk-bentuk modal perniagaan internet yang paling asas:
1) Domain name - RM40 setahun
2) Web hosting - RM60 - RM100 setahun
3) Web designer - dari RM200 - RM500 * Jimat jika anda bina web sendiri
Secara purata, kos yang terlibat untuk mulakan perniagaan internet ialah dibawah RM500. Cukup rendah jika dibandingkan dengan perniagaan biasa. Jika anda menggunakan blog, anda lagi boleh jimat kerana tiada kos domain dan hosting.
Mungkin anda juga perlu keluarkan sedikit modal untuk beli produk PLR, MRR untuk dijual semula dan juga kos pengiklanan.
Pengalaman saya memulakan perniagaan internet ini juga dengan kos yang rendah iaitu kira-kira RM150 sahaja, kerana bina laman web sendiri. Jadi tiada alasan lagi dari sudut modal mengapa anda tidak memulakan perniagaan internet.
Kini, telah banyak pakej-pakej web perniagaan yang free dan berbayar, anda boleh dapatkannya jika sesuai. Kesimpulannya, jika anda tidak mahu keluarkan sedikit modal, anda tidak akan mendapat pulangan yang berganda.
Terima kasih
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...