Friday, August 15, 2008

Bagaimana meyakinkan pelanggan anda?


Mungkin ramai yang telah mulakan perniagaan internet tetapi mungkin anda belum berpuas hati dengan hasil atau pulangan yang anda dapat. Agaknya apalah sebabnya yer??

Salah satu faktor penting yang perlu diketahui ialah bagaimana untuk meyakinkan bakal pelanggan anda seterusnya mereka membuat tempahan kepada produk anda. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah:

1) Grafik produk

Produk yang mempunyai grafik yang cantik boleh menarik perhatian pengunjung web anda, dan jika mereka memang berhajat kepada produk tersebut, tidak mustahil anda akan terima tempahan dari mereka.

2) Rekabentuk laman web

Rekabentuk laman web anda juga mempengaruhi pengunjung. Jika sususan objek, warna, navigasi tidak nampak seperti professional, mungkin pengunjung anda membuat tanggapan bahawa anda tidak begitu serius dalam perniagaan internet, maka hilang kepercayaan mereka kepada anda. Jika anda tidak mampu membina web yang baik, anda boleh mengupah mereka yang pakar dalam kerja-kerja rekabentuk laman web.

3) Ayat yang meyakinkan

Ayat dalam laman web anda juga memainkan peranan, jangan keterlaluan dalam anda menerangkan informasi produk anda sehingga pelanggan rasa tidak berapa selesa dengan web anda.

Bina ayat-ayat yang mudah untuk pengunjung anda faham, berikan kelebihan produk anda, bandingkan kelebihan produk anda dengan produk yang lain, jelaskan mengapa mereka perlu dapatkan produk tersebut dll.

4) Jaminan anda

Anda tidak perlu memberi jaminan yang tinggi sehingga ia nampak seperti tidak masuk akal, apatah lagi jika jaminan itu anda sendiri tidak dapat penuhi.

5) Perkenalkan diri anda

Jangan malu untuk perkenalkan diri anda, pelanggan akan lebih yakin jika mereka kenal siapa anda, di mana anda tinggal, apa email anda dll. Kalau boleh letakkan gambar anda sekali supaya pelanggan dapat mengenali muka anda dan meningkatkan keyakinan mereka kepada web anda.

6) Testimonial

Faktor terakhir ini juga amat penting. Dapatkan beberapa testimonial dari pelanggan yang telah membeli produk anda. Apatah lagi jika orang yang membeli produk anda itu orang yang berpengaruh.

Itu antara beberapa perkara yang perlu ada dalam laman web juualan anda.

p/s : Kami akan mengadakan "Merdeka Sales" sempenan bulan kemrdekaan ini, nantikan pengumuman kami nanti.

http://www.jomwebtemplate.com

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...