Semakin ramai ingin menceburi perniagaan internet. Kalau kita tengok, terlalu banyak laman web yang menawarkan produk berbentuk fizikal dan digital. Tetapi mungkin sesetengah dari kita tidak menghiraukan betapa pentingnya NICHE dalam perniagaan internet.
Apa itu NICHE? Ia bererti berfikirkecil, spesifik, khusus, pasaran yang kecil (narrow down) dll.
Maksudnya apabila nak berniaga di internet, perlu mencari Niche Market supaya produk kita dapat dijual di pasaran.
Contoh: Jika anda seorang chef, anda tahu banyak resepi. Anda boleh hasilkan ebook mengenai resepi masakan. Kalau di Niche kan lagi, anda boleh hasilkan ebook yang fokus kepada resepi buat kek sahaja. Maka ebook resepi kek itu adalah sesuatu yg. niche.
Kalau kita tengok buku masakan memang byk di pasaran, tetapi kalau buku fokus kepada kek agak berkurangan dari buku masakan kan.. Di situlah Niche mainkan peranan.
Mengapa perlu niche?
1. Dapat fokus kepada pasaran yang lebih kecil (niche)
2. Dapata mengelak dari pesaing yang lebih besar dari kita.
3. Niche menjadikan anda seorang pakar.
4. Mudah kepada kita untuk lebih fokus.
Kesimpulannya, anda tak perlu fikir produk yg. besar untuk dijual di internet, fikir secara kecil kerana lebih niche pasaran anda, lebih tinggi potensi untuk anda buat sales di internet. Banyak lagi panduan perniagaan internet yang nak saya kongsi dengan anda. Semuanya saya kumpulkan dalam pakej ini...
Terima kasih
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...