Seringkali kita dengar ramai yang nak jadi IM yang berjaya dalam perniagaan mereka. Mereka begitu teruja nam memulakan perniagaan internet dan nak mendapatkan RM1.00 yang pertama. Kali ini saya ingin kongsi dengan anda semua 2 perkara yang tidak sepatutnya di lakukan oleh IM terutamanya jika anda baru berjinak dengan perniagaan internet.
Perkara pertama, apabila anda menerima tempahan dari pelanggan dan menerima bayaran pertama, akan terasa sungguh seronok dan gembira, seolah-olah perniagaan kita ni mula mendatangkan hasil. Tidak salah untuk gembira, tetapi harus diingat, ramai diluar sana yang akan cuba menguji kepintaran anda dalam mengendalikan perniagaan online ini.
Kerana apa saya katakan begitu, kerana ramai juga yang membuat tempahan tanpa membuat bayaran kepada anda. Jadi janganlah begitu teruja dengan tempahan sehingga lupa untuk menyemak bayaran dari pelanggan dan terus menghantar produk yang ditempah. Jangan terlalu yakin dengan pelanggan dan jangan mengharapkan pelanggan akan bayar kemudian selepas mendapat produk yang mereka tempah.
Tip penting hari ini adalah walau macam mana gembira sekali pun anda perlu semak bayaran terlebih dahulu sebelum menghantar produk yang ditempah oleh pelanggan anda. Pengalaman saya, ada yang cuba menipu dengan memutar-belitkan maklumat bayaran dan sebagainya. Jadi kepada anda yang terlibat dengan perniagaan online ini terutamanya newbie, berhati-hati dengan keadaan macam ni.
Terima kasih kerana membaca!
Friday, June 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...