Baru-baru ini, aktivis alam sekitar yang popular dengan pantun, Karam Singh Walia telah dijemput oleh USM untuk memberi ucapan mengenai alam sekitar kita yang semakin tenat sekarang ini. Saya berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa isu yang penting yang disebut oleh En. Karam Singh Walia. Seperti biasa, beliau memulakan ucapan dengan ungkapan indah:
"Jika kucing tidak bertaring, si tikus akan menari-nari"
Itulah gaya seorang aktivis alam sekitar yang cintakan alam semesta dari dicemari manusia dan menghidupkan semula kata-kata peribahasa melayu yang semakin sepi ditelan arus kemodenan.
Antara isu-isu yang dibentangkan adalah:
1. Penternakan babi di Melaka
2. Pengorekan pasir di Selangor
3. Penebangan hutan di Cameron Highland
4. Pencemaran sungai-sungai di sekitar kandang babi
5. Pemanasan global sehingga mewujudkan kemusnahan alam melalui banjir, ribut.
dan banyak lagi...
Secara ringkasnya, saya berikan beberapa intipati penting dari ucapan beliau di bawah, antaranya beberapa perkara yang beliau amat kesali mengenai sikap yang tidak bertanggungjawab, antaranya:
1. Pihak berkuasa seperti Jab. Alam Sekitar tidak melaksanakan tanggungjawab dengan telus.
2. Pihak berkuasa tidak turun padang sehingga berita tersebut masuk media TV3.
3. Terdapat fenomena di mana alam semesta dibenarkan dicemari semata kepentingan golongan tertentu.
4. Pihak berkepentingan mengaut untung yang tinggi dari aktiviti yang tidak sihat seperti penternakan babi sehingga sungai berhampiran kandang babi turut dicemari.
5. Yang amat menyedihkan adalah pihak berkuasa tidak mengambil apa2 tindakan dari rayuan rakyat hanya kerana menjaga kepentingan kroni.
Itulah antara perkara yang didedahkan beliau dalam ucapan yang berlangsung hampir 2 jam setengah. Penuh dengan kata-kata nasihat, motivasi dan kebenaran mengenai apa sebenarnyay yang sedang berlaku kepada bumi kita. Justeru, apa yang perlu kita lakukan?
1) Tukar gaya hidup dengan kurangkan penggunaan plastik.
2) Tidak terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keselesaan orang lain.
3) Sama2 menjaga kebersihan bumi dari dicemari dan banyak lagi...
Apa yang membuatkan saya begitu teruja ialah beliau mengkaji Al-Quran dan membacanya melalui terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan bahawa, Agama Islam telah menggariskan peraturan yang baik sekali dari sudut alam sekitar tetapi umatnya tidak mahu mengikut apa yang tertulis dalam Al-Quran. Lalu terjadilah kemusnahan hutan-hutan, sungai, di darat dan dilautan disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. Saya amat bangga dengan kesungguhan beliau menjaga alam sekitar dan memperjuangkan alam semesta ini dari dicemari. Semoga usaha beliau mendapat sokongan dari pihak2 berwajib.
Terima kasih
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nice to see a friend that moving forward for a betterment. All the best Buddy - Mej Ghazali..
wah.... bro tak makan sekali ke dgn dia tu? :P
hm.. pasal isu kroni tu "biasa" bg dunia la ni. sampai kat universiti skrg ni pun gitu. huhuhuhu.. mana la tak haru..
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...