Ramai yang menyangka saya menjalankan perniagaan internet secara full time. Sebenarnya perniagaan ini boleh dibuat secara sambilan atau sepenuh masa, bergantung kepada masa yang kita ada, usaha dan pendapatan yang diperolehi.
Ada juga yang berniaga di internet secara sambilan sahaja, waktu siang bekerja seperti biasa dan waktu malam & hujung minggu digunakan untuk berniaga di internet. Ambillah masa 1-2 jam sahaja setiap malam untuk duduk di depan komputer untuk promosi, semak order, update website, masuk forum dll.
Ramai juga yang menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Anda boleh buat sepenuh masa jika kedudukan kewangan anda dah stabil dan pulangan bulanan boleh menampung perbelanjaan anda. Bahkan, ramai yang telah menjana pendapatan melebihi dari gaji seorang pegawai (3-5 ribu ringgit sebulan).
Yang lebih baik lagi adalah mereka yang mula menjalankan perniagaan internet secara sambilan pada awalnya, mendapat pulangan yang konsisten dan terus bergiat secara sepenuh masa. Ramai yang bercita-cita nak jadi macam ni, bekerja sendiri di rumah dengan hanya duduk di depan komputer sahaja. Tapi jika anda tidak mulakan secara sambilan, mustahil anda boleh berniaga di internet secara sepenuh masa. Jutawan Internet Dr. Irfan Khairi pun pada awalnya mula berniaga di internet secara sambilan dan kini berjaya dalam perniagaannya.
Semuanya bergantung kepada diri kita, bagaimana kita menguruskan masa untuk bekerja dan berniaga secara online. Jika anda tidak mulakan hari ini, rugilah lah kerana kita selalu menggunakan internet, tetapi kita tidak boleh menjana 1 sen pendapatan darinya sedangkan orang lain telah berjaya menjana ribuan ringgit.
Terima kasih.
Panduan perniagaan internet di sini...
TQ
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...