Tuesday, August 5, 2008

Akaun email anda!



Assalamualaikum & salamsejahtera

Lama juga saya tak lontarkan sesuatu untuk anda di sini. Tak pa, kali ini saya nak share sedikit pengalaman saya menghadapi masalah email yang tidak boleh login masuk. Saya ada beberapa email akaun termasuk gmail dan yahoo. Minggu lepas, 2 akaun email saya gmail & yahoo tidak boleh login masuk, sayahairan mengapa tidak boleh masuk sedangkan username & password memang 100% betul.

Jika anda menghadapi masalah yang sama, jangan panik. Apa yang saya lakukan adalah, recover semula password tersebut dan anda boleh login semula. Jadi apa masalahnya?

Masalahnya adalah Streamyx. Pada mulanya saya tidak percaya. Tapi apabila saya telefon syarikat hosting saya, mereka juga mengatakan bahawa sekarang ini streamyx mengalami masalah dan mereka terpaksa menggunakan line JARING sebagai alternatif. Jadi, bila menggnakan jaring, saya rasa mungkin ada something different dengan Streamyx dan sebab itu ada beberapa akaun email tidak boleh login.

Sekali lagi, jika anda hadapi masalah seperti di atas, cara yang mudah adalah recover semula password anda. itu saja. Begitu juga jika anda mempunyai akaun hosting untuk laman web anda. Jika anda tidak boleh login ke hosting, mintak company tu reset password dan gunakan password yang baru.

Apa yang dicatatkan di atas adalah pengalaman yang saya lalui sendiri dan cara mengatasi masalah tersebut. Perniagaan mesti ada cabarannya tak kira offline atau pun online.

Terima kasih

1 comments:

Anonymous said...

sama la, pernah juga jadi pada sy. tp sy ada secondary email, klik i cannot access my account dan reset password dari situ.

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...