Tuesday, November 25, 2008

Jangan kedekut untuk dapat untung!


Assalamualalikum & salam sejahtera

Sedar tak sedar kita dah sampai hujung tahun 2008, dan musim hujan pun dah bermula bagi sesetengah tempat. Risau kot banjir.

Ok, kali saya coret sikit mengenai macam mana nak dapat hasil dari perniagaan internet ni. Ramai dikalangan kita ni dah mula menjinakkan diri dalam perniagaan internet. Ada yang dah dapat untung dan ada juga yang masih tak dapat pelanggan. Kalau untung tu tak per la, kalau yang masih tak dapat pelanggan ni macam mana?

Pengalaman masa mula berniaga di internet ni, kita memang selalunya berkira pasai duit, kalau boleh tak mau nak keluarkan langsung modal selain modal domain dan hosting. Apa yang diharapkan adalah mengharapkan pelanggan membeli produk kita.

Bila dah lama dlm dunia ebiz ni, baru terperasan bahawa cara di atas adalah salah. Sebenarnya kalau nak dapat pelanggan, jangan kedekut nak keluarkan duit. Kita keluarkan RM1 untuk promosi, duit akan datang balik RM10. Kalau kira keluarkan RM10 untuk promosi, pulangan RM10++ (dah untung dah tu). Kesilapan kita adalah selalu nak cepat dapat duit tanpa keluarkan 1 sen modal. Itu yang silap...

Kesimpulannya, nak dapat pulangan yang baik, jangan terlalu kedekut nak keluarkan duit dan itulah yang saya lakukan sekarang. Alhamdulillah, memang ada pulangan yang baik. Ini adalah satu pengalaman baik yang telah mengajar saya dan anda yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Cara mudah bina "Download Page Protected"

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...