Friday, November 14, 2008

Pengurusan masa IM Part-time.

Assalamualaikum & salamsejahtera,

Dalam seminggu dua ni, saya amat sibuk dengan tugas dipejabat kerana sedang menghadiri kursus selama 2 minggu. Kalau nak diikutkan memang tak sempat nak lihat laman web, promosi jualan, update laman web dan lain-lain.

Biasalah, sebagai IM part-time ni, memang nampak macam tak sempat, tapi kalau kita boleh uruskan masa dengan baik, rasanya ebizz boleh berjalan dengan baik, InsyaAllah.

Macam mana nak buat ni ha, kerja byk dari jam 8 pagi sampai 5 petang? Saya nak share kat sini bersama dengan part-timer ebiz semua, masa bila kita nak lihat website kita ni.

Apa yang saya buat adalah, kalau kerja di pejabat start jam 8 pagi, saya datang awal, seawal 7.30 pagi dah ada dipejabat. Dalam masa 30 minit tu lah saya lihat web jualan, cek email kalau ada tempahan dari pelanggan dan terus proses. Mula jam 8 pagi, kena buat kerja pejabat la plak kan...

Kemudian bila lagi saya lihat ebizz ni, masa lunch hour. Sebelum pergi lunch tu, boleh la tengok sekejab dalam 10-15 minit, cek email atau kemaskini web kita sikit-sikit dan lepas tu terus pergi makan.
Kemudian, last sekali masa nak balik, curi masa 10 minit sebelum balik tu untuk tengok order, tulis blog dan sebagainya.

Sebagai part-timer IM ni, masa yang paling lama berada depan komputer adalah sebelah malam, biasanya mula dlm 10.30 mlm hingga 12.00 mlm dan juga hujung minggu. Gunakan hujung minggu anda sebaik mungkin untuk IM, tapi kalau balik kampung susah sikit la sebab line internet tak der kat sana.

http://www.jomwebtemplate.com

Jika anda juga IM part-time, kongsikan pengurusan masa anda di sini.

Terima kasih.

1 comments:

Danny Peron said...

nice.. idea

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...