Friday, December 19, 2008
Apa yang Pelik di Pulau Jerjak?
Ditulis oleh
Meor Shukri
Pada
8:24 AM
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Apa khabar semua, harap-harap semuanya baik InsyaAllah.
Baik, kali ni post saya lain sikit, berkisar mengenai sebuah pulau yang telah berubah wajah. Saya sempat berkunjung ke pulau ini minggu lepas. Kalau anda tahu sejarah pulau ini, ia menjadi lebih menarik kerana ia telah berubah menjadi pusat peranginan. Tak pa, kita lihat sejarah dia sikit ya.
Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonialapabila Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun1797, bertujuan melindungi bandar baru 'Jamestown' (kini Bayan Lepas).
Pada 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai 'sanatorium' yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang menghidap batuk kering.
Berikutan itu kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orangpada satu-satu masa.
Kemudian Pulau Jerejak mendapat gelaran 'penjara' kerana pada 12Jun 1969, pulau ini dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggidengan nama samaran Alcatraz Malaysia.
Sebelum itu Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik Britishatau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949.
Antara pejuang nasionalisme yang dipenjarakan di sini adalah DrBurhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, UstazSalleh, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim.
Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan.
Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah sehingga mencecah 982 orang. Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200 meter dari pantai.
Bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988.
Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan SimpangRenggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993.
Sekarang ini, ia telah berubah menjadi sebuah pusat peranginan yang semakin mengukir nama di Pulau Pinang. Tapi, apa yang peliknya di pulau ini? Ya, biala saya sampai di disitu, satu benda yang pelik ialah kubur untuk menyimpan tahanan yang meninggal dunia. Kuburnya bercampur antara melayu, cina, india, Islam, bukan Islam dan sebagainya. Tak pernah saya tengok lagi tanah perkuburan macam ni. Satu pengalaman baru!
Terima kasih.
p/s: Bagi yang belum kahwin, klik sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Meor,
Waaa... memang pelik betul pos kali ni. Masukkan la galeri panorama Jerejak. Hari tu saya pegi sana tak bawa kamera. Rugi betul!
memang rugi kalau gi Pulau Jerejak tak bawa kamera...wahhh....dh cantik Pulau Jerejak sekarang erk.
saya betul2 rindu suasana di Pulau Jerejak....masih ada dlm ingatan hgg kini.
Bila la nak jejakkan kaki di Jerejak....
Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu
saya teringat pulau jerejak tempat saya di besarkan. parut dekat kaki saya masih ada semasa jatuh basikal ketika bermain.
Post a Comment
Tinggalkan komen anda di sini...