Thursday, December 11, 2008

Beberapa Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Topik kali ini, saya nak ajak anda mengimbas kembali beberapa kesilapan saya semasa baru memulakan ebiz 2 tahun lalu. Masa tu, saya tak tau apa pun tentang ebiz ni sehinggalah saya menghadiri "Bengkel Jutawan Internet" anjuran Dr.Irfan Khairi.

Sejak dari itu, baru saya nampak bagaimana nak buat duit dari internet. Segala apa yg. saya dapat dari bengkel tu, cuba diaplikasikan sebaik mungkin, hasilnya 2 bulan selepas itu, kos untuk pergi bengkel tu telah balik modal. (Anda tahu tak berapa kos bengkel tu? Ya RM760, dengar cerita sekarang dah naik lagi). Saya dah boleh menjana pendapatan secara online, Alhamdulillah.

Walaupun begitu, masih terlalu awal dlm ebiz ni dan beberapa kesilapan telah saya lakukan. Kat sini saya nak kongsi dengan anda pengalam itu supaya anda tidak melakukan kesilapan yg. sama seperti saya:

1) Terlalu mengharapkan/memikirkan belian dari pelanggan hingga hilang fokus kepada pemasaran & promosi.
2) Takut-takut dan tidak yakin untuk laburkan duit untuk tujuan pengiklanan.
3) Ghairah membeli ebook mengenai ebiz hingga tak sempat nak baca dan fahamkan dengan baik.
4) Lemah semangat bila dapat feedback negatif dari seorang pelanggan hingga lupa kepada feedback positf dari 100 orang pelanggan.
5) Tak nak berkongsi ilmu ebiz dengan orang lain.
6) Tak yakin dengan laman web yg. kita bina boleh menghasilkan duit.

Takat tu saja rasanyer, tu lah pengalaman yg. boleh dikongsi dengan anda. Jadi, kalau anda seorang ebiz, jangan ulangan kesilapan yang sama, okey.

Nak tahu bagaimana nak bina "Download Page" yang selamat, klik di sini...

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...