Friday, February 23, 2007

Bagaimana buat duit di Internet

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana kita boleh mendapat keuntungan atau berniaga di internet. Apa barangan yang kita nak jual? Kali ini kita berkongsi idea bagaimana kita boleh membuat duit melalui internet.

Tentu anda pernah dengan ramai di kalangan kita yang buat duit di internet @ berniaga secara online. Sebenarnya apa yang mereka jual, produk atau perkhidmatan. Sebenarnya banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu bagaimana kita boleh mendapat RM dari internet.

Dibawah ini disenaraikan item-item yang menguntungkan melalui internet.

1) Jual produk
2) Jual perkhidmatan
3) Program Affiliate
4) Google adsense
5) Menyediakan tempat iklan di web kita.

Adakah anda tidak mahu mencuba? Tidak rugi anda mencuba kerana modal perniagaan internet tidak besar. Sekarang ini rakyat kita mula berlumba-lumba untuk berniaga di internet, tetapi mungkin kita tidak tahu kerana perniagaan ini tidak mempunyai tempat, kedai dsb. Ia berjalan secara maya di rumah anda.

Produk baru sedang dalam pembinaan iaitu Templat laman web khas untuk perniagaan, di dalam telah siap dengan borang opt-in, borang tempahan dan borang feedback. Anda perlu edit beberapa kandungan lain sahaja. Ini semua akan memudahkan sesiapa yang ingin mula berniaga secara online.

Saturday, February 17, 2007

Buat duit di Internet?

Mungkin anda pernah mendengar cara mendapat RM10,000 dalam masa 10 minit, mendapat RM 100,000 dalam masa 1 bulan. Mungkin anda juga pernah membaca email berkaitan iklan-iklan sebegini yang boleh menarik perhatian ramai pengguna internet. Percayakah anda dengan hanya berada di depan komputer 10 minit anda akan perolehi RM 10,000 ?

Berhati-hati dengan iklan-iklan sebegini kerana bukan mudah untuk kita memperolehi jumlah wang yang besar begitu mudah. Sedangkan jutawan internet pun perlu bekerja keras untuk memperolehi kekayaan yang mereka miliki selama ini. Dunia internet memang global, anda boleh berhubung dengan sesiapa saja di dunia dengan mudah dan cepat. Anda juga boleh pasarkan produk anda dengan mudah keseluruh dunia. Anda memang boleh menghasilkan wang yang banyak di internet tetapi bukan dengan hanya 10 minit atau 1 bulan. Mana mungkin kita boleh lakukan demikian sedangkan jutawan internet mengambil masa 1-2 tahun sebelum bergelar jutawan. Fikirkanlah.

Memilih password yang baik.

Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira bagi memilih password yang baik.
· Password mesti terdiri dari satu perkataan, tanpa ada ruang kosong di antara 2 perkataan.
· Anda tidak boleh menggunakan nickname anda sebagai password.
· Anda tidak boleh menggunakan perkataan "password" sebagai password anda.
· Password boleh mencapai panjang 64 aksara.
· Password tidak boleh dimulakan dengan tanda titik dua.
· Password sangat sensitive sifatnya, maksudnya jika anda menggunakan huruf besar sebagai password anda ketika mendaftar, anda perlu menggunakan yang sama ketika login.

Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.

1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.
2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.
contoh: nama : meor password:meor1
3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.
Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.
4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.
5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.


Tips:

Cara yang baik untuk memilih password yang kompleks adalah berpikir tentang beberapa perkataan, kemudian ambil huruf pertama atau kedua dari tiap-tiap perkataan tersebut. Password hasil dari cara ini, menyukarkan orang lain untuk menduga. Anda dapat mengingatinya dengan mudah dari susunan perkataan dan aturan dari beberapa perkataan yang telah dipilih tadi. Sebaiknya password anda terdiri dari kombinasi huruf dan nombor. Jangan terlalu panjang dan jangan pula terlalu pendek. (5-8 aksara). Selalu ubah password anda jika anda merasakan seseorang telah mengetahui password tersebut dan yang paling penting, jangan lupa password anda.

Monday, February 12, 2007

Kriteria Domain Name.

Ketahui ciri domain name yang baik. Anda mungkin ingin mencari nama domain bagi laman web anda yg. telah siap dibangunkan. Apa dia "Domain name" ?. Ia adalah nama bagi laman web anda semasa anda memuat naik (upload) laman web ke web hosting. Setiap laman web mempunyai nama masing-masing. Untuk memilih nama domain bagi laman web anda, ada beberapa kriteria yg. perlu anda fikirkan supaya laman web anda menerima kunjungan dari pelawat yg. ramai, antaranya :-

1) Nama domain yang berkaitan dengan subjek lama web anda.
2) Nama domain yang tidak terlalu panjang. Ia akan membolehkan pengguna terlupa domain
anda. Ia juga akan menyusahkan pengguna untuk menaip panjang di Internet Exprlorer.
3) Anda fikirkan nama domain yang pendek dan mudah untuk diingati oleh pelawat.
4) Mudah untuk dieja atau ditaip. Contoh : google.com
5) Nama domain anda tidak mengelirukan. Contoh : sh atau sy, shukri.com atau syukri.com.
Jadi elakkan dari menggunakan nama anda jika ia mengelirukan.

Untuk keterang lanjut layari http://www.bajetwebhosting.com/

Mengenali Format URL

Ketahui format URL

Apa itu URL? Ia terdiri dari “Uniform Resource Locator”, bermaksud alamat susuatu laman web. Kebiasaannya terdiri dari 3 bahagian utama iaitu :-

a) Domain name - Ia merupakan nama bagi yang digunakan oleh individu/syarikat semasa pendaftaran di web hosting, contoh http://www.utusan.com.my di mana utusan adalah nama domain bagi syarikat utusan.

b) Zone name – Nama bagi bidang atau zon sesuatu laman web tersebut. Sebagai contoh .com untuk commercial, .edu untuk pendidikan, .gov untuk kerajaan dsb.

c) Country code – Kod bagi sesebuah Negara, contoh .my untuk Malaysia, .sg untuk Singapura, .th untuk Thailand dsb.

Walaupun begitu, tidak semua alamat laman web mempunyai “country code”. Ia bergantung kepada nama domain yg. dipilih oleh pemilik laman web itu sendiri.