Showing posts with label Tip Komputer. Show all posts
Showing posts with label Tip Komputer. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Speed Internet Anda Ada OK?

Minggu lepas wireless router aku rosak, terpaksa pakai cable untuk layari internet. Sebelum ni aku guna AZTECH wireless G router + modem. Rupanaya ada hikmah bila ia rosak.

Aku telah menggantikan router yg rosak tu dengan Wireless router TP-LINK N 300 Mbps, memang ketara juga speed kalau nak dibandingkan dengan speed sebelum ni. Aku ada buat test speed....






Berikut result testing speed yang telah dibuat.

http://www.speedtest.net/










Streamyx Speedometer













Cuba la test tengok, speed kor orang nyer internet. Kalau rasa slow, tukar le kepada wireless N 300 mbps, baru nampak perbezaan nyer...

Monday, December 28, 2009

Browser Baru untuk Melayari Internet!


Kini ada bowser terbaru untuk anda melayari internet dengan lebih laju dan antaramuka grafik yang mempesonakan. Dan anda boleh dapatkannya secara percuma sahaja.

Cuba download dan rasai perbezaannya. Rasa laju sedikit dari internet explorer masa melayari internet. Saya dah cuba, anda...

Biasanya kebanyakkan daripada kita melayari internet menggunakan Interner explorer ataupun Mozilla Firefox. Kini ada satu lagi perisian browser yang anda boleh download secara percuma yang dikenali sebagai "Safari". Namanya macam nama orang jer kan...

Saya dah cuba download dan guna perisian tersebut, terasa juga lajunya bila melayari internet. Tapi yang paling best, grafik browser tersebut. Ia akan menyimpan web yang selalu kita layari secara grafik. Anda hanya klik pada grafik dan terus loading ke laman web berkenaan.

Ok, di mana naka download?

Anda boleh download dengan klik di sini...

Selama mencuba.

TQ

Wednesday, November 18, 2009

Download Windows 7 Tranformation Pack - PERCUMA!

Dah hampir 2 bulan windows 7 dilancarkan oleh Microsoft, anda dah dapatkan ker windows versi terbaru ni? Kalau untuk mencuba, rasanya lebih elok kita install skin windows 7 pada Win XP dulu, try dulu interface dia lepas tu baru tahu macam mana.
Apa benda Download Windows 7 Tranformation Pack ni? Ya, ia merupakan software yang akan menjadikan komputer kita seolah-olah macam menggunakan windows 7, sedangkan kita hanya menggunakan Win XP jer.
Enginnyer adalah win XP tetapi kulitnya adalah windows 7. Semua button, ikon, windows, toolbar dll akan ditukar seperti windows 7. Ok lah, tak payah sembang panjang, kat ner nak download tool ni. Klik jer link kat bawah tu, dan anda terus dibawa kepada download page. Hah, download sekarang.
Download windows 7 transformation pack di sini...

Password - www.stuffheaven.com
Moga anda happy dengan kulit baru windows XP anda ni.
TQ

Friday, April 17, 2009

Macam mana nak buat reflect imej?

Salam semua,


Pernah tengok tak gambar yang cantik-cantik dalam website, ada yang ada border, ada shadow, ada reflection dan lain. Semua tu mudah jer kalau kita cuba cari servis nyer dalam internet. Petang tadi saya surf punya surf internet, terjumpa servis yang simple ni, tapi hasilnya memang amazing. Kalau nak buat kat Adobe Photoshop, bukan senang, tapi dengan adanya servis cam ni, ia cukup mudah semuadah 123..
















Kat atas ni contoh gambar yang mempunya reflection, amacam cantik tak? Reflection ni biasanya sesuai kita buat untuk gambar kecil, seperti logo, arrow dll. Ok lah, tanpa lengah lagi, jom kita cuba.

Nak buat reflection, klik kat sini...




















Bila anda klik link kat atas ni, paparan skrin di atas akan dipaparkan.

Langkah2:

a. Klik butang browse dan pili fail gambar yg. dikehendaki
b. Klik butang generate
c. Klik butang download untuk anda save gambar yang telah siap ada reflection.

Tu jer, mudah kan... Selain tu, anda boleh set kan saiz reflection dekat "reflection size", besar mana yg. anda kehendaki.

Harap dapat manfaat dari ilmu yg. kecik ni.

Terima kasih

Thursday, April 2, 2009

Macam mana nak capture imej dari video?




















Salam semua,

Munhkin ada yang nak capture gambar dari video tapi tak dapat. Bila capture dan save hasilnya adalah gambar kosong (biasanya hitam).

Sebenarnya kita boleh capture gambar dari video dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang perisian tambahan, tapi kena tau caranyer cam ner... Jom kita tengok kat bawah ni cam ner cara dia...

Buka Window Media Player
Klik menu Tools > Options
Pilih Tab Performance
Lihat bahagian bawah dan klik butang Advanced
Uncheck “Use Overlays’
Click Ok

Itu sajee...

Sekarang run video anda, pause dan klik butang print screen, paste pada mana perisian grafik (paint, adobe photoshop etc.) Lepas tu save file gambar anda, siappp...Mudah bukan!!

Terima kasih

Monday, April 9, 2007

Tips mengenai password

Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.

1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.

2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.

contoh: nama : meor password:meor1

3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.

Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.

4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.

5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.

Saturday, February 17, 2007

Memilih password yang baik.

Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira bagi memilih password yang baik.
· Password mesti terdiri dari satu perkataan, tanpa ada ruang kosong di antara 2 perkataan.
· Anda tidak boleh menggunakan nickname anda sebagai password.
· Anda tidak boleh menggunakan perkataan "password" sebagai password anda.
· Password boleh mencapai panjang 64 aksara.
· Password tidak boleh dimulakan dengan tanda titik dua.
· Password sangat sensitive sifatnya, maksudnya jika anda menggunakan huruf besar sebagai password anda ketika mendaftar, anda perlu menggunakan yang sama ketika login.

Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.

1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.
2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.
contoh: nama : meor password:meor1
3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.
Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.
4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.
5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.


Tips:

Cara yang baik untuk memilih password yang kompleks adalah berpikir tentang beberapa perkataan, kemudian ambil huruf pertama atau kedua dari tiap-tiap perkataan tersebut. Password hasil dari cara ini, menyukarkan orang lain untuk menduga. Anda dapat mengingatinya dengan mudah dari susunan perkataan dan aturan dari beberapa perkataan yang telah dipilih tadi. Sebaiknya password anda terdiri dari kombinasi huruf dan nombor. Jangan terlalu panjang dan jangan pula terlalu pendek. (5-8 aksara). Selalu ubah password anda jika anda merasakan seseorang telah mengetahui password tersebut dan yang paling penting, jangan lupa password anda.