Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Rakaman Lagu Terakhir Mikaeel (MJ) - Nasyid

Salam Semua sahabat,

Allahyarham Mikaeel (MJ) mungkin telah mendapat hidayah ALLAH dan mungkin sekarang ditempatkan dikalangan orang-orang yang SOLEH (Insyallah). Anggaplah ini bingkisan terakhir dari beliau untuk semua umat di DUNIA tak kita apa AGAMA.

Sebelum beliau pergi meninggalkan kita, beliau sempat merakamkan sebuah nashid yang tidak disebarkan oleh syarikat rakaman tersebut.

Cuma nak kongsi kat sini. Percaya atau tidak, lagu ini adalah rakaman terakhir Allahyarham Mikaeel (MJ)

"They found it on one of Mikaeel's die hard fan website blog. It's not been published by his recording company (for sure right since he's Muslim right now) but I can guarantee if he still alive, I'm sure he'll write & produce many song especially in nasyid genre just like greatest songwriter & singer, Yusuf Islam a.k.a Cat Stevens. Hopefully his soul & body will be bless by Allah where He gave hidayah to him before end of his life".

Nak dengar lagu ini, klik sini untuk download

Sayu dengar lagu ni, macam nak nangis, Mikaeel Abdullah pergi dengan hidayah, nasib kita belum tentu lagi. YA ALLAH kurniakan lah Hidayahmu kepada kami semua, lindungilah kami di dunia dan di akhirat. Matikanlah kami dalam IMAN. AMIN

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Mikaeel Abdullah (MJ)

Monday, March 23, 2009

XPDC Mencari Tongkat Ali...

Salam semua,

Pada 22 Mac 2009 adalah hari paling sejarah dalam hidup kerana telah berjaya menjejaki sendiri pokok Tongkat Ali dalam hutan rimba di atas bukit dekat Relau P.Pinang. Wow...satu pengalaman yang amat menyeronokkan.Sebelum ni cuma dengar cerita pasai Tongkat Ali cam tu jer, tak pernah tengok pun, apatah lagi nak kenal rupa paras pokoknya, lagi la tak pernah.Sebelum ni dok makan pil Tongkat Ali yg. telah di tabletkan jer, tak pernah makan yg. original, akar yg. asli. Tapi, semalam, dah berjaya masuk hutan dan cari pokok tu sendiri.

Rupanya bukan senang nak cari pokok tu, hampir 20 minit mencari dalam hutan tu, setelah jumpa tapak pelanduk, selepas jumpa laluan babi hutan 2 kali dan terserempak dengan tedung selar semasa dalam perjalanan, baru berjaya jumpa 1 pokok Tongkat Ali, tu pun kecik jer.Walau pun kecik, nak cabutnya bukan senang, sebab akar tunjang dia panjang ke dalam tanah. Kena bagi yang pakar baru boleh cabut. Tapi, saya dapat jugak cabut 1 pokok, jadilah....

Bermula jam 9.00 masuk hutan sampai lebih kurang 12.30 t/h, lebih kurang 3 jam, kami berjaya jumpa 5 pokok Tongkat Ali termasuk yang kecil/anak pokok.Satu anak pokok Tongkat Ali saya cabut dan cuba tanam kat rumah, kot-kot tumbuh, nanti tak payah dah masuk hutan. Orang kampung Relau tu kata boleh hidup, cuba jer lah... Setakat ni tak der la lagi nak jual tongkat ali secara online, sebab tgk susah nak dapat sumber nyer...

Kat bawah ni ada gambar, jom kita tengok...


































Esok baru nak potong akar tu dan nak jemur, pastu baru campur dengan air panas dan minum parti yang asli...mesti powerrrr....

Terima kasih

Friday, December 19, 2008

Apa yang Pelik di Pulau Jerjak?


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apa khabar semua, harap-harap semuanya baik InsyaAllah.

Baik, kali ni post saya lain sikit, berkisar mengenai sebuah pulau yang telah berubah wajah. Saya sempat berkunjung ke pulau ini minggu lepas. Kalau anda tahu sejarah pulau ini, ia menjadi lebih menarik kerana ia telah berubah menjadi pusat peranginan. Tak pa, kita lihat sejarah dia sikit ya.


Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonialapabila Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun1797, bertujuan melindungi bandar baru 'Jamestown' (kini Bayan Lepas).

Pada 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.

Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai 'sanatorium' yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang menghidap batuk kering.

Berikutan itu kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orangpada satu-satu masa.

Kemudian Pulau Jerejak mendapat gelaran 'penjara' kerana pada 12Jun 1969, pulau ini dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggidengan nama samaran Alcatraz Malaysia.

Sebelum itu Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik Britishatau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949.

Antara pejuang nasionalisme yang dipenjarakan di sini adalah DrBurhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, UstazSalleh, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan.

Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah sehingga mencecah 982 orang. Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200 meter dari pantai.

Bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan SimpangRenggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993.

Sekarang ini, ia telah berubah menjadi sebuah pusat peranginan yang semakin mengukir nama di Pulau Pinang. Tapi, apa yang peliknya di pulau ini? Ya, biala saya sampai di disitu, satu benda yang pelik ialah kubur untuk menyimpan tahanan yang meninggal dunia. Kuburnya bercampur antara melayu, cina, india, Islam, bukan Islam dan sebagainya. Tak pernah saya tengok lagi tanah perkuburan macam ni. Satu pengalaman baru!

Terima kasih.

p/s: Bagi yang belum kahwin, klik sini...

Tuesday, October 21, 2008

Sebulan Sebelum Berkahwin, Apa Yang Menakutkan...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari ni jam 7.00 pagi saya bertolak pergi kerja. Hampir setiap hari, bila dok dalam kereta saya dengar radio Sinar.fm dan pagi ni topik yang dibincangkan amat menarik sekali. Apa topik dia yer...Sapa yang dengar radio Sinar jam 7.30 sampai 9.00 pagi tadi tentu tahu apa tajuk dia kan...Ok, tajuk yang dibincangkan adalah "1 bulan sebelum berkahwin - apa yg. mereka bimbangkan", lebih kurang macam tu la bunyi tajuk tu.

Saya sempat mendengar panggilna dan SMS dari pendengar radio tersebut dan menyatakan macam-macam perkara yang dibimbangkan apabila menjelang hari perkahwinan, ada yang bimbang pada mertua, duit tak cukup, masalaha komunikasi dan macam-macam... Namun ada sebahagiannya menyatakan mereka amat bimbangkan hari pernikahan mereka, takut menghadapi upacara akad nikah. Maklum lah orang ramai duduk keliling tengok anda akad nikah. Ada yang menyatakan, mereka lupa jumlah mas kahwin semasa akad nikah. Dahsyar tu.... kalau lupa nama bakal isteri, lagi bahaya, kot-kot tersebut nama orang lain plak nanti. Maklumlah, tengah panik, macam-macam boleh keluar dari mulut pada waktu tu kan...

Jadi macam mana anda nak hadapi ni semua?? Saya mencadangkan kepada anda dapatkan panduan yang amat jelas dan tersusun mengenai persiapan akad nikah ini dari satu ebook yang direka khas untuk membantu bakal pengantin menghadapi situasi tegang sebegini. Banyak tip-tip berguna serta pengalaman orang yang telah melalui situasi ini dikongsi bersama dalam ebook ini. Di samping itu, anda akan menerima BONUS-BONUS menarik yang ditawarkan.

Layarilah web ini untuk maklumat lebih lanjut http://www.nikahkahwin.com

Terima kasih

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Moga anda sentiasa sihat walafiat menjelang penghujung Ramadhan Al-Mubarak ni. Bagaimana persiapan raya, saya bersedia ala kadar jer.

Ok, sebagai pelanggan setia JWTC, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Maaf Zahir Batin kepada semua yang terus setia bersama JWTC dan menyokong kami.

Kami ingin umumkan kepada anda bahawa, JWTC akan bercuti selama seminggu sempena hari raya, bermula pada 29 hb Sept. 2008 sehingga 5 Okt. 2008. Walaubagaimana pun anda masih boleh membuat tempahan pada tempoh tesebut, (itulah kelebihan perniagaan internet).
Semua tempahan yg. dibuat pada tarikh tersebut akan mula diproses pada 6 Okt. 2008.

Akhir kata, hati-hati memandu semasa pulang ke kampung dimusim perayaan ni. Kami doakan anda semua selamat sampai ke destinasi masing2.

p/s: Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Terima kasih

Admin
JWTC

Tuesday, September 2, 2008

Kelebihan Solat Tarawih!


Hari ni dah masuk hari ke-2 umat Islam menjalankan ibadah puasa. Banyak kelebihan pada bulan yang mulia ini terutama ibadah Solat Tarawih. Di bawah ni antara kelebihan Solat Tarawih:


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

p/s1: Bagi anda yang nak dapatkan jadual berbuka puasa, boleh download di sini...


Terima kasih

Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saudara/ri

3 hari lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa, puasa jangan tak puasa. Bagi anda yang masih belum ganti lagi puasa tahun lepas, masih ada masa beberapa hari lagi untuk ganti sebelum terkena figyah. Kami di JWTC mengharapkan puasa pada tahun ini akan menjadi puasa yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya InsyaAllah.




Saudara/ri
4 hari telah berlangsungnya MERDEKA Sales di JWTC, sudahkah anda merebut peluang keemasan ini. Ramai yang telah mendapatkan pakej merdeka ini. Jika anda masih belum dapatkan pakej ini, jangan tunggu hingga detik akhir kerana takut-takut anda leka dan terlepas peluang yang baik ini.

Layari http://www.jomwebtemplate.com/merdekasales

Terima kasih

Thursday, August 21, 2008

5 hari tidak online!!

Minggu ini adalah minggu yang paling memenatkan. Tak pernah rasa sepenat macam ni sebelum ini. Tapi tak mengapa, segala kepenatan itu semakin terhakis apabila melihat persekitaran yang di idamkan.

Apa yang saya cuba jelaskan ini ha ?? Sebenarnya saya tidak online 5 hari, mulai 16 - 20 Ogos 2008, bukan kerana komputer rosak, bukan kerana masalah internet, tetapi kerana saya berpindah rumah baru. Syukur Alhamdulillah, sempat juga berpindah ke rumah baru sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak.

Kepada anda yang membuat tempahan pada tarikh tersebut, maaf, mungkin agak terlewat sedikit untuk saya proses tempahan anda. Tapi jangan bimbang, semua rekod tempahan tersimpan rapi dan saya akan proses satu persatu.

Jangan lupa, Merdeka sales akan berlansung beberapa hari sahaja lagi, kami akan umumkan kepada anda nanti.

Terima kasih.

Monday, July 28, 2008

Karam Singh dan alam semesta!

Baru-baru ini, aktivis alam sekitar yang popular dengan pantun, Karam Singh Walia telah dijemput oleh USM untuk memberi ucapan mengenai alam sekitar kita yang semakin tenat sekarang ini. Saya berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa isu yang penting yang disebut oleh En. Karam Singh Walia. Seperti biasa, beliau memulakan ucapan dengan ungkapan indah:

"Jika kucing tidak bertaring, si tikus akan menari-nari"

Itulah gaya seorang aktivis alam sekitar yang cintakan alam semesta dari dicemari manusia dan menghidupkan semula kata-kata peribahasa melayu yang semakin sepi ditelan arus kemodenan.

Antara isu-isu yang dibentangkan adalah:

1. Penternakan babi di Melaka
2. Pengorekan pasir di Selangor
3. Penebangan hutan di Cameron Highland
4. Pencemaran sungai-sungai di sekitar kandang babi
5. Pemanasan global sehingga mewujudkan kemusnahan alam melalui banjir, ribut.

dan banyak lagi...

Secara ringkasnya, saya berikan beberapa intipati penting dari ucapan beliau di bawah, antaranya beberapa perkara yang beliau amat kesali mengenai sikap yang tidak bertanggungjawab, antaranya:

1. Pihak berkuasa seperti Jab. Alam Sekitar tidak melaksanakan tanggungjawab dengan telus.
2. Pihak berkuasa tidak turun padang sehingga berita tersebut masuk media TV3.
3. Terdapat fenomena di mana alam semesta dibenarkan dicemari semata kepentingan golongan tertentu.
4. Pihak berkepentingan mengaut untung yang tinggi dari aktiviti yang tidak sihat seperti penternakan babi sehingga sungai berhampiran kandang babi turut dicemari.
5. Yang amat menyedihkan adalah pihak berkuasa tidak mengambil apa2 tindakan dari rayuan rakyat hanya kerana menjaga kepentingan kroni.

Itulah antara perkara yang didedahkan beliau dalam ucapan yang berlangsung hampir 2 jam setengah. Penuh dengan kata-kata nasihat, motivasi dan kebenaran mengenai apa sebenarnyay yang sedang berlaku kepada bumi kita. Justeru, apa yang perlu kita lakukan?

1) Tukar gaya hidup dengan kurangkan penggunaan plastik.
2) Tidak terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keselesaan orang lain.
3) Sama2 menjaga kebersihan bumi dari dicemari dan banyak lagi...

Apa yang membuatkan saya begitu teruja ialah beliau mengkaji Al-Quran dan membacanya melalui terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan bahawa, Agama Islam telah menggariskan peraturan yang baik sekali dari sudut alam sekitar tetapi umatnya tidak mahu mengikut apa yang tertulis dalam Al-Quran. Lalu terjadilah kemusnahan hutan-hutan, sungai, di darat dan dilautan disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. Saya amat bangga dengan kesungguhan beliau menjaga alam sekitar dan memperjuangkan alam semesta ini dari dicemari. Semoga usaha beliau mendapat sokongan dari pihak2 berwajib.

Terima kasih

Friday, July 4, 2008

Jemputan dari pembaca!

Semalam, buat pertama kali saya menerima jemputan perkahwinan daripada pembaca ebook "Rahsia Mudah Akad Nikah" yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2008, 3 bulan yang lalu. Kini ebook tersebut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dikalangan pembaca yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka. Rata-rata pembaca ebook ini berumur 20 - 35 tahun.

Berikut saya paparkan email tersebut:







Klik atas gambar untuk besarkan.

Jadi, jika anda adalah antara individu yang bakal melangsungkan perkahwinan, pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan ebook ini yang sarat dengan RAHSIA serta TIP yang amat berguna sebelum melangsungkan perkahwinan.

Saya berdoa, mudah-mudahan bakal pengantin di atas akan berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Terima kasih

Friday, February 1, 2008

Adakah anda gunakan h/phone dengan betul?

Perhatikan gambar di bawah, adakah anda tahu cara menggunakan h/phone dengan betul?

















Saban hari kita menggunakan h/phone, pastikan selepas ini kita menggunakan h/phone dengan cara yang betul.

Terima kasih.

Thursday, January 3, 2008

Kini Telefon Internet - PERCUMA!

Apa khabar saudara/ri?

Kepada anda yang selalu menggunakan H/Phone, tak mampu lagi nak menanggung kos bil H/phone yang tinggi, kini ada produk baru untuk penjimatan maksimum iaitu "Skyetel".

Dengan skyetel, anda boleh berbual di internet secara PERCUMA.

Mungkin anda berkata, anda boleh gunakan Yahoo messenger atau skype, ya memang betul. Tetapi itu hanya dari komputer ke komputer sahaja. Dengan skyetel, anda boleh buat panggilan dari komputer ke komputer, komputer ke telefon, telefon ke komputer dan telefon ke telefon.






Apa yang menarik mengenai skyetel ni?
-----------------------------------------------

1) Panggilan komputer ke komputer adalah PERCUMA.
2) Boleh buat panggilan dari komputer ke h/phone.
3) Kadar panggilana telefon ke komputer, telefon ke telefon hanya RM0.15 sen seminit di seluruh dunia.
4) Anda akan dapat eNum secara PERCUMA.
5) Anda boleh mendapat keuntungan/komisyen dari promosi anda kepada kawan2 anda.
6) Jika anda menggunakan h/phone 3G, anda boleh download dan install perisian eSkySoftphone pada h/phone anda dan buat panggilan secara percuma.

Apa itu eNum?
-----------------

eNum ialah nombor yg. anda akan perolehi apabila mendaftar dengan skyetel, ia diberi secara otomatik.

Bagaimana mendaftar?
---------------------------

Anda perlukan introducer eNumber utk. mendaftar.

Masukkan ke web http://www.skyetel.net/registration.php dan klik pada "Click here to get FREE eNumber"

Gunakan maklumat di bawah utk daftar.

Introducer eNumber : 8888001000019

Penting : Anda perlu download perisian eSkySoftphone selepas pendaftaran.

Kemudian rujuk panduan ini bagaimana menggunakan skyetel.

http://www.jomwebtemplate.com/manual_eNum.ppt

Produk ini akan dalam pra/pelancaran dan setakat ini panggilan dari komputer ke komputer sahaja. Perkhidmatan panggilan dari komputer ke H/phone dan h/phone ke h/phone akan menyusul.

p/s: Untuk mengetahui maklumat terkini dari semasa ke semasa, lawati forum JWTC melalui link di bawah:

http://jomforum.forumotion.com/index.htm

Penting : Masukkan maklumat yg. tepat semasa pendaftaran, jika tidak akaun anda akan ditamatkan.

Terima kasih

admin
JWTC