Showing posts with label Domain name. Show all posts
Showing posts with label Domain name. Show all posts

Monday, June 4, 2007

Apa itu Nama Domain

Domain name ialah nama yang digunakan untuk mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Ia bertindak sebagai alamat kepada sesebuah laman web di internet. Sebagai contoh http://www.jomwebtemplate.com. jomwebtemplate.com ialah merupakan nama domain. http:// ialah “Hypertext Transfer Protocol”, iaitu protokol yang digunakan untuk mengakses sesuatu laman web. www pula ialahworld wide web” iaitu cabang kecil atau lebih dikenali sebagai subdomain. Anda boleh akses laman web ini dengan menaip http://jomwebtemplate.com tanpa perlu menaip www.

Mengapa perlu domain name?


Nama domain merupakan alamat kepada laman web anda. Dengan mengetahui domain name, laman web anda boleh diakses. Untuk membolehkan laman web anda diakses di seluruh dunia, ia perlulah dimuatnaik (upload) ke komputer utama yang berkuasa tinggi yang dipanggil sebagai pelayan web atau web server.
Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 10.152.221.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain name bagi memudahkan peoses pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web.

Bagaimana domain name berfungsi?


Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain jomwebtemplate.com contohnya telah didaftarkan Internet-Webhosting yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server.

Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.jomwebtemplate.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name jomwebtemplate.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar jomwebtemplate.com kepada pelayar web.

Friday, May 11, 2007

Mengapa Pemilihan Domain Penting...

Saudara/ri,

Adakah anda telah mempunyai laman web atau blog? Jika jawapannya Ya, maka, apakah nama domain yang anda gunakan? Adakah anda gunakan sebarang nama yang tidak memberi makna apa-apa pada web anda atau macam mana?

Jika anda berfikir nama domain adalah hanya sekadar nama dan tidak memberi apa-apa makna, maka andaian anda tu silap, kerana ia amat penting bagi laman web anda terutamanya web perniagaan. Mungkin anda bertanya, mengapa ia penting? Ya, ia memang sangat penting.

Pemilihan nama domain yang betul ni sebenarnya mempengaruhi pelanggan yang akan melawati web anda. Cuba bayangkan, anda memasuki satu laman web yang mempunyai domain yang susah untuk dieja atau terlalu panjang, mungkin anda malas nak masuk web yang sama pada masa lain, jika kita bandingkan dengan nama domain yang ringkas dan menarik.

Perkara yang lagi penting adalah, nama domain juga merupakan faktor dalam menentukan SEO iaitu kedudukan laman web anda dalam search engine. Anda nak dapatkan kedudukan yang baik tak? Kalau ya, pastikan anda memilih nama domain yang betul. Anda boleh rujuk tip bagaimana untuk memilih nama domain yang baik dalam blog ini. Mungkin anda tidak berapa nampak kesannya, tak mengapa. Anda cuba dahulu dan akan dapat hasilnya. Jika anda serius dalam perniagaan internet, anda juga perlu serius dalam memilih nama domain.

Moga anda dapat manafaat untuk post hari ini.

Monday, February 12, 2007

Kriteria Domain Name.

Ketahui ciri domain name yang baik. Anda mungkin ingin mencari nama domain bagi laman web anda yg. telah siap dibangunkan. Apa dia "Domain name" ?. Ia adalah nama bagi laman web anda semasa anda memuat naik (upload) laman web ke web hosting. Setiap laman web mempunyai nama masing-masing. Untuk memilih nama domain bagi laman web anda, ada beberapa kriteria yg. perlu anda fikirkan supaya laman web anda menerima kunjungan dari pelawat yg. ramai, antaranya :-

1) Nama domain yang berkaitan dengan subjek lama web anda.
2) Nama domain yang tidak terlalu panjang. Ia akan membolehkan pengguna terlupa domain
anda. Ia juga akan menyusahkan pengguna untuk menaip panjang di Internet Exprlorer.
3) Anda fikirkan nama domain yang pendek dan mudah untuk diingati oleh pelawat.
4) Mudah untuk dieja atau ditaip. Contoh : google.com
5) Nama domain anda tidak mengelirukan. Contoh : sh atau sy, shukri.com atau syukri.com.
Jadi elakkan dari menggunakan nama anda jika ia mengelirukan.

Untuk keterang lanjut layari http://www.bajetwebhosting.com/