Showing posts with label Keselamatan ICT. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan ICT. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet!


SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.

Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmaranancamankeselamatanpenggunaInternet/Article

Terima kasih

Wednesday, October 7, 2009

Masa untuk Tukar Password Hotmail Anda!

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka telah menutup beribu-ribua akaun hotmail atas alasan keselamatan. Jadi jika anda ada akaun hotmail dan masih aktif menggunakannya, pastikan anda menukar/kemaskini password anda sebagai langkah keselamatan. Berikut petikan...

Microsoft has confirmed that thousands of Windows Live accounts have been
compromised with their passwords posted online. Mainstream media such as
the BBC are also carrying the story. Some information is posted here.

Some does and don'ts:

* Do change your passwords on a regular basis (every six months or so)
* Do use long complex pass-phrases rather than passwords where you can
* Do change all of your passwords if you notice something suspicious
* Do take identity theft seriously
* Do use up-to-date anti-virus and a firewall
* Do NOT click on links in emails, ever
* Do NOT use the same password at multiple sites

Jadi, bertindak sekarang!

Terima kasih

Monday, October 5, 2009

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang SPAM


Berapa banyak spam Anda terima setiap hari? Awas, ada beberapa huruf yang memang disukai oleh spam. Jadi kalau Anda menerima spam lebih banyak dari rakan-rakan anda, mungkin huruf pada nama atau alamat email anda memang menarik perhatian spam. Betul ke macam tu?

Huruf Rawan

Menurut Dr. Richard Clayton dari University of Cambridge, jika alamat email yang dimulai dengan huruf “A”, “M”, “S”, “R” dan “P,” sebanyak 40% diklasifikasikan sebagai spam atau juga target spam. Sedangkan huruf depan yang tidak popular adalah “Q”, “Z” dan “Y.” Penemuan ini adalah berdasarkan kepada penyelidikannya selama 2 bulan iaiitu pada bulan Februari dan Mac tahun 2008 terhadap 550 juta email dari provider yang berbeza.

Nama yang umum juga akan jadi sasaran spam paling mudah. “Para spammer biasanya mempunyai seperti kamus serangan,” jelas Clayton. Jika ada orang yang menggunakan alamat email ann@example.com, maka ia akan mengulangi nama serupa dengan provider email berbeza. Jadi semua orang dengan nama depan sama akan terkena spam juga.

Makin banyak nama kita terpampang di Web, makin besar pula kemungkinan kena spam. Huruf U juga mengundang spam hingga 50%. Clayton menduga ini disebabkan banyak alamat email diawali dengan kata "user1" dan "user2". Adakah anda sedia untuk menukar alamat email anda?

Diterjemahkan secara bebas dari Popularscience.com

Friday, September 4, 2009

125 laman web digodam sejak 31 Ogos

Kepada semua admin web, berhati-hati. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemaskini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam.

Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam.

"Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut.

Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti menjejaskan lain selain webpage yang disisip.

SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka, kata suruhanjaya itu. BERNAMA

Terima kasih

Monday, May 11, 2009

Avira Antivirus 9.0 - Percuma

















Salam semua,

Antivirus Avira baru saja melancarkan versi 9.0, ada versi percuma dan premium. Bagi anda yang masih tercari-cari antivirus percuma, boleh cuba antivirus ni, so far ok. Kalau yang dah pakai version 8.0, boleh upgrade ke version 9.0, free jer, tak kena bayar apa-apa pun.
Terima kasih

Tuesday, June 3, 2008

Virus 666

Virus...Virus...Virus

Dunia cyber digemparkan lagi dengan kemunculan virus
terbaru bernama Virus 666 yg. membawa pesanan dari
neraka. Ia mula di kesan 1 bln yg. lalu dan menyerang
sistem fail termasuk Windows.

Jangan buka fail dibawah jika anda nampak fail ini di komputer:
1. flash.10.exe
2. HELP.ME!!.HTML
3. msconfig.com
4. cmd.com
5. ping.com
6. regedit.com
7. seram.pkz
8. aweks.pikz
9.msn.msn


dan byk lagi...

Ia tidak menyerang data-data yg. ada dlm komputer, tetapi
menyerang fail sistem dan menyalin (copy) fail sistem dalam
kuatiti yg byk. menyebabkan komputer anda akan menjadi
perlahan.

Tanda2 dijangkiti virus 666:

1. komputer jadi perlahan
2. terdapat byk fail sistem
3. proses menutup tingkap jadi lambat
4. pelbagai fail-fail baru dicipta sendiri

Setakat ini belum dipastikan antivirus mana yg boleh clean
virus ni, kalau ada sapa-sapa tahu, boleh reply thread ni.
Yang penting, pastikan antivirus yg. kita guna sentiasa dikemaskini.

TQ