Thursday, May 24, 2007

E-book SEO 3 Gergasi

Apa khabar ? Moga anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai berita gembira kepada mereka yang akan atau telah memulakan perniagaan internet. Berita apa ni ? Ya, kini anda bakal temui e-book bertajuk “SEO 3 Gergasi” yang ditulis dalam B.Melayu. Jika anda terlibat secara aktif dalam perniagaan internet, anda perlu mengetahui kaedah SEO yang betul kerana ia membantu bisnes anda. Apa itu SEO (Search Engine Optimization)? Ia merupakan proses optimasi yang dilakukan kepada laman web anda supaya mendapat kedudukan yang baik dalam search engine.

Apa pentingnya SEO? Ya, ia memang penting sebagai salah satu cara pemasaran produk anda di internet. Bayangkan jika pelanggan ingin membeli sesuatu produk dan gunakan search engine untuk mencari, sudah pasti laman web yang mempunyai kedudukan 10 teratas mempunyai potensi besar untuk diklik oleh pengguna. Kenapa ? Kerana pelanggan jarang-jarang melihat senarai laman web yang mempunyai kedudukan yang melebihi kedudukan 10.

Jika anda baru hendak mula berniaga di internet, salah satu perkara yang penting setelah anda mempunyai laman web ialah SEO. E-book SEO 3 Gergasi menjelaskan kepada anda secara spesifik bagaimana ketiga-tiga search engine ini menentukan kedudukan sesuatu laman web. Apabila anda mengetahui bagaimana search engine bekerja, lebih mudah bagi anda untuk optimasi laman web anda.

Selain dari itu, anda akan ketahui 9 langkah yang perlu dilakukan ke atas laman web anda bagi mendapatkan kedudukan yang baik bagi ketiga-tiga search engine ini. Mahukah anda dapat kedudukan yang baik dalam search engine ? Jawapannya sudah tentu ya!

E-book “SEO 3 Gergasi” ini adalah satu-satunya e-book SEO yang dibina dalam B.Melayu yang khusus kepada 3 search engine terbesar iaitu Google, Yahoo dan MSN. Sebab tu nama dia gergasi!

Maklumat lanjut mengenai e-book ini, layari :

http://www.jomwebtemplate.com/ebookseo/index.htm

Tuesday, May 15, 2007

Ketahui kesilapan usahawan internet.

Apa khabar saudara/ri,

Adakah anda baru mulakan perniagaan internet? atau anda berminat memulakan perniagaan internet? Jika jawapannya ya, anda tentu ingin mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang betul. Bukan itu saja, anda juga perlu tahu pengalaman mereka yang telah berniaga di internet. Rasa cadangkan anda baca e-book ini bertajuk "Kesilapan Usahawan Muda Internet" yang membincangkan pelbagai kesilapan yang pernah dilakukan oleh mereka yang telah berniaga di internet. Anda amat bertuah kerana dapat mengetahui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dan anda dapat elak dari melakukan kesilapan yang sama. Bacalah, ia amat manfaat untuk anda! Klik di sini untuk membaca.

Friday, May 11, 2007

Mengapa Pemilihan Domain Penting...

Saudara/ri,

Adakah anda telah mempunyai laman web atau blog? Jika jawapannya Ya, maka, apakah nama domain yang anda gunakan? Adakah anda gunakan sebarang nama yang tidak memberi makna apa-apa pada web anda atau macam mana?

Jika anda berfikir nama domain adalah hanya sekadar nama dan tidak memberi apa-apa makna, maka andaian anda tu silap, kerana ia amat penting bagi laman web anda terutamanya web perniagaan. Mungkin anda bertanya, mengapa ia penting? Ya, ia memang sangat penting.

Pemilihan nama domain yang betul ni sebenarnya mempengaruhi pelanggan yang akan melawati web anda. Cuba bayangkan, anda memasuki satu laman web yang mempunyai domain yang susah untuk dieja atau terlalu panjang, mungkin anda malas nak masuk web yang sama pada masa lain, jika kita bandingkan dengan nama domain yang ringkas dan menarik.

Perkara yang lagi penting adalah, nama domain juga merupakan faktor dalam menentukan SEO iaitu kedudukan laman web anda dalam search engine. Anda nak dapatkan kedudukan yang baik tak? Kalau ya, pastikan anda memilih nama domain yang betul. Anda boleh rujuk tip bagaimana untuk memilih nama domain yang baik dalam blog ini. Mungkin anda tidak berapa nampak kesannya, tak mengapa. Anda cuba dahulu dan akan dapat hasilnya. Jika anda serius dalam perniagaan internet, anda juga perlu serius dalam memilih nama domain.

Moga anda dapat manafaat untuk post hari ini.

Friday, May 4, 2007

E-book Autoresponder PERCUMA.

Saudara/saudari,

Autoresponder merupakan satu tool yang memudahkan anda dalam membuat email marketing ke atas jualan produk atau perkhidmatan anda secara online. Ia banyak membantu anda dalam mempromosi produk anda dan meningkatkan trafik kepada laman web anda. Anda boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma dan juga berbayar. Biasanya, sesuatu yang percuma mesti ada kekurangan berbanding berbayar. Salah satunya adalah iklan provider akan terpapar pada iklan anda dan pelanggan anda mungkin tidak berapa selesa dengan iklan yang sebegini. Ini tidak berlaku jika autoresponder yang anda gunakan itu yang berbayar.

Bagi anda yang masih belum menggunakan kemudahan Autoresponder dalam perniagaan internet anda, anda boleh dapatkan e-book PERCUMA di sini. Layari http://www.jomwebtemplate.com/bengkel

Diharap anda dapat manfaat dari e-book ini.

Terima kasih.

Thursday, May 3, 2007

SEO - Sambungan FAQ

4.Bagaimana search engine mencari laman web?

Ada cara bagaimana SE mencari laman web: Pertama, Kebanyakkan SE menerima hantaran URL dari pemilik web itu sendiri (submit URL). Kedua, SE akan menghantar ‘spider’ untuk mencari URL web yang baru dan simpan di dalam database. Ia mengambil masa beberapa minggu dan bulan bergantung kepada SE itu sendiri.

5.Kedudukan web anda bergantung kepada apa?

Kedudukan web dlm SE adalah kumulatif dan bergantung kepada beberapa perkara:

a)Keyword yang digunakan

b)Bilangan pesaing

c)Keyword yang digunakan oleh pengguna utk mencari

6.Adakah perlu buat SEO untuk setiap halaman?

Ya, Setiap halaman sebenarnya perlu kepada SEO, bukan hanya halaman utama sahaja. Kerana kita tidak tahu halaman mana yang akan di dapat kedudukan yg baik dlm SE.

7.Adakah kita boleh beri jaminan untuk kedudukan no.1 dalam SE?

Tiada siapa boleh menjamin kedudukan web dalam SE jika menggunakan keyword tertentu. Terlalu byk factor menjadikan ia diluar kawalan kita. Tiada jaminan, tetapi kita boleh memperbaiki kedudukan dengan mengikut cara SEO yang betul.

8.Bagaimana memilih keyword terbaik?

Langkah pertama kepada SEO ialah memilih keyword yang baik. Anda boleh melihat apakah keyword yang digunakan oleh laman web orang lain yang mempunyai subjek yang sama dengan anda. Anda juga boleh semak keyword secara online di laman web.

9.Berapa kerap kena hantar URL ke SE?

Jika web anda dioptimasi dengan baik, menghantar ke SE dengan kerap adalah tidak perlu. Jika laman web anda berada pada kedudukan yang baik, anda tidak perlu hantar URL ke SE. Tetapi jika web anda berapa kedudukan semakin menurun, pada masa ini anda perlu semak SEO web anda dan hantar URL semula ke SE.