Monday, March 19, 2007

Ketahui kriteria Internet web hosting yang baik

Apakah web hosting? Web hosting adalah tempat dimana anda meletakkan/menyimpan fail-fail laman web anda setelah dimuat naik. Kesemua fail laman web anda perlu berada pada web hosting sebelum ia boleh dilayari oleh pelawat di seluruh dunia. Namun begitu, bagaimana kita hendak menentukan sesuatu web hosting itu baik atau tidak? Anda perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis web hosting yang anda boleh gunakan:-

  • Web hosting percuma – http://www.geocities.com
  • Web hosting berbayar – http://www.emerge.com.my (web hosting Malaysia)

Apakah cirri-ciri web hosting yang baik.

  1. Menyediakan ruang/saiz yang mencukupi untuk anda masa kini dan masa hadapan. (tidak termasuk web hosting percuma)
  2. Mempunyai kelajuan yang optimum diwaktu puncak – bandwidth yang tinggi (20Gb).
  3. Ada web hosting berbayar yang menyediakan “domain name” percuma.
  4. Menawarkan akaun email percuma apabila anda melanggan web hosting mereka.
  5. Khidmat pelanggan yang cekap - 24 jam
  6. Menyediakan 'Backup' kepada laman web pelanggan jika berlaku kerosakan.
  7. Kos yang berpatutan.

Untuk keterang lanjut layari http://www.bajetwebhosting.com

Thursday, March 8, 2007

Tips sebelum upload laman web

Adakah anda telah mempunyai laman web ? Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memastikan ia mudah digunakan semasa memuat naik laman web anda ke web hosting ? Anda perlu mengetahui kaedah ini supaya laman web anda tidak akan mengalami masalah selepas proses uploading di lakukan. Kami akan tunjukkan caranya.

Apa yang perlu anda pastikan ?
    1. Pastikan semua fail laman web anda menggunakan huruf kecil.
    2. Pastikan anda menggunakan nama fail index.htm sebagai laman utama website anda, (bukan indeks.htm)
    3. Jika anda menggunakan 2 perkataan pada nama fail, pastikan tiada “space bar” di antara kedua-duanya. Cth: keluarga saya (salah), keluarga_saya (betul) atau keluargasaya (betul).
    4. Jika anda menggunakan gambar, pastikan gambar yang anda gunakan berada di dalam 1 folder, supaya mudah untuk proses memuat naik ke web hosting nanti. Pastikan kesemua fail gambar yang anda gunakan dalam laman web anda berada di dalam folder tadi.
Elakkan laman web anda dari menggunakan gambar-gambar yg terlalu banyak sehingga mengganggu focus pelawat anda.