Saturday, April 28, 2007

Meningkatkan kreadibility online

Saudara, tip kali ini adalah sambungan dari mesej sebelum ini.


11. Menggunakan autoresponder untuk follow up.

12. Menjawab semua pertanyaan seberapa segera.

13. Jangan menghantar e-mail spam

14. Gunakan opt-in dan opt-out untuk kaedah promosi.

15. Mulakan dengan viral marketing – iaitu dengan menawarkan “Free Gift”, download, khidmat nasihat percuma dll. Galakkan mereka ceritakan kepada kawan mereka tentang tawaran anda dan memberi insentif.

16. Menulis sendiri artikel dan tawarkan kepada pelanggan untuk disebarkan.

17. Sebarkan newsletter tulisan sendiri

18. Membina ruang forum atau menyertai mana-mana forum.

19. Menyebarkan maklumat, tip percuma dalam blog.

20. Membina link dengan laman web yang baik.

Apabila anda mempunyai kreadibiliti yang baik, web anda akan dikunjungi oleh pelanggan dan juga pembeli yang telah mendapatkan produk anda. (repeated user) sekaligus trafik web anda akan meningkat.

Tuesday, April 24, 2007

20 Cara bagaimana Meningkatkan Online Kreadibiliti.

Kreadibiliti adalah asas penting dalam perniagaan terutamanya dalam perniagaan internet. Dengan membina kreadibiliti, pengguna akan mempercayai anda dan mempunyai hubungan yang baik dengan anda, dimana ia membantu perniagaan anda. Apa yang anda perlu buat untuk membina kreadibility online?

Ada beberapa perkara yang boleh naikkan kreadibiliti anda:-

1. Menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti
2. Rekabentuk laman web anda yang user-friendly, focus kepada menyediakan maklumat berguna, butiran mengenai produk dan perkhidmatan, faedah produk kepada pembeli.
3. Selalu update kandungan web.
4. Letak kenyataan privacy pada web anda termasuk melindungi data personal pelanggan anda.
5. Khidmat pelanggan yang baik.
6. Tawarkan dan berdiri dibelakang jaminan pulangan wang. (money-back guarantee)
7. Confirm tempahan jualan melalui email.
8. Letakkan maklumat untuk dihubungi dalam web supaya mudah pelanggan hubungi anda.
9. Letakkan real-life testimonial dalam web.
10. Membina FAQ dalam web.

Anda akan mempunyai ramai pelawat jika anda menjaga dan meningkatkan kreadibility anda.

Bersambung...

Soalan Lazim SEO

1. Apa itu SEO?

SEO merupakan proses menyediakan laman web untuk memperolehi kedudukan yang baik dalam search engine yang boleh membawa trafik ke laman web anda. SEO ialah proses berterusan bermula dengan optimasi laman web, kemaskini secara bulanan, menilai keputusan search dari semasa ke semasa dan penambah baikan laman web anda.

2. Apa gunanya jika web kita tidak diketahui orang?

Sebanyak 90% pengguna internet menggunakan search engine untuk mencari produk untuk tujuan pembelian. Google sendiri terlibat lebih 150 juta carian sehari. Jika web anda tidak disenaraikan dalam search engine, bagaimana pengguna lamat web dapat menemui web anda dan membeli produk anda seara online. Di situlah pentingnya SEO bagi satu laman web. Kedudukan yang baik adalah mendapat kedudukan top 10, atau pun sekurang-kurangnya top 20.

Pengguna biasanya explore mukasurat 1 atau 2 sahaja di dalam search engine, jika web anda tidak berada di dalam top 20, web anda tidak mendapat trafik yang baik.

3. Mengapa web tidak dapat ranking yg. baik dlm search engine?

Ada beberapa perkara yang menyebabkan web anda tidak mendapat kedudukan yang baik dalam SE, antaranya:

a) Pemilihan keyword yang tidak tepat dengan subjek web anda

b) Tiada title tag, atau title tag tidak berkaitan dengan subjek web anda.

c) Kandungan 250 aksara pertama yang tidak berkaitan dengan subjek web anda.

d) Kurang dari 200 perkataan setiap halaman.

e) Tiada link web anda ke web orang lain. (Link popularity)


Bersambung...

Tuesday, April 17, 2007

Pelaburan Internet Haram!

Adakah pelaburan internet haram? Majlis fatwa kebangsaan telah bersetuju mengharamkan pelaburan internet. Pada 13 April 2007, Jumaat akhbar tempatan telah menyiarkan isu ini di muka depan. Sebagai penguna internet, anda perlu mengetahui perbezaan di antara pelaburan internet dan perniagaan internet.

Pelaburan internet adalah melaburkan sejumlah wang kepada badan tertentu secara online dan menunggu dividen yang tinggi yang menguntungkan. Namun, apakah bisnes yang dilakukan sehingga mereka boleh memberi keuntungan yang tinggi. Begitu juga perniagaan matawang.

Manakala perniagaan internet pula ialah transaksi jual-beli dilakukan secara online. Ia jual beli biasa cuma perbezaannya ia dilakukan secara online, sama ada tempahan atau pun bayaran.

Oleh itu anda sebagai pengguna bijak internet tentu boleh membezakan apa yang dinyatakan di atas. Peluang anda untuk berniaga di internet masih terbuka luas, kerana konsep perniagaan internet jauh berbeza dengan pelaburan internet yang telah diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan.

Monday, April 9, 2007

Tips mengenai password

Ada beberapa perkra yang perlu dipikirkan ketika memilih sesuatu password.

1. Jangan gunakan nama anda, alamat, nombor telepon, atau butiran peribadi yang lain sebagai password anda. Inilah faktor utama yang perlu difikirkan akan apabila memilih password.

2. Menambahkan satu nomor atau huruf di depan atau akhir dari nickname anda sebagai sebuah password, lebih baik daripada menggunakan nama anda, tetapi masih belum mencukupi untuk satu password yang baik.

contoh: nama : meor password:meor1

3. Menggunakan campuran huruf besar dan kecil pada password anda akan menjadikannya lebih sukar dijangka oleh mereka yang cuba menceroboh password anda.

Contoh: menggunakan "Ahmad" adalah baik, tetapi penggunaan "AHmaD" adalah lebih baik.

4. Ada antara kita yang suka menggunakan kembali password yang sama untuk semua akaun internet/email mereka. Walaupun ini mudah untuk dingat, tetapi perlu diingat bahawa ianya juga mudah bagi seseorang untuk mendapatkan akses untuk semua akaun internet anda, sekiranya mereka berjaya mendapat satu akses untuk salah satu password anda.

5. Tidak digalakkan menulis password anda terutamanya di tempat yang mudah orang mengaksesnya seperti di dalam buku, majalah, akhbar dll. Pastikan anda menyimpan password itu ditempat yang selamat.