Friday, June 29, 2007

Lagi Mengenai SEO...

Salam sejahtera saudara,

Kali ini saya ingin sambung sedikit lagi mengenai seo yang saya katakan mingu lepas. Sambutankepada e-book SEO 3G semakin menggalakkan, terima kasih kepada mereka yg. telah mendapatkan ebook yg. amat berguna ini. Kini semakin ramai yg. mula faham mengenai SEO dan tahu kepentingannya dalam perniagaan internet.

Minggu lepas saya ada menunjukkan kedudukan laman web saya di Yahoo, kali ini kedudukan laman web saya tersenarai pula 10 teratas (top 10) di Google. Kalau minggu lepas ranking web saya tidak termasuk dalam top 10, kini kedudukan semakin meningkat dengan menggunakan keyword-keyword popular tertentu.



Jika anda menggunakan keyword "membina web" seperti di atas, anda boleh saksikan kedudukan laman web tersebut berada pada kedudukan ke-3 di Google. Sudah hampir pasti apabila pelawat web anda menggunakan keyword tersebut di Google, potensi untuk mereka klik laman web anda amat tinggi. Ini menjanjikan trafik yang tinggi di web anda. Jika anda masih ragu-ragu dengan kedudukan ini, anda boleh cuba sendiri dengan keyword tersebut di Google.

Bagaimana melakukannya, semuanya tercatat dalam ebook SEO 3 Gergasi, yg. hanya fokus kepada 3 search engine terbesar iaitu Google, Yahoo dan MSN. Dari ebook anda akan mengetahui bagaimana Google, Yahoo dan MSN menentukan kedudukan sesuatu laman web dan 9 langkah berkesan optimasi laman web yang telah terbukti amat efektif.

Untuk keterangan lanjut, layari http://www.jomwebtemplate.com/ebookseo

Terima kasih

Friday, June 22, 2007

Testimonial Ebook SEO 3 Gergasi

Salam sejahtera,

Setelah 1 bulan pelancaran e-book SEO 3G, sambutannya amat menggalakkan sekali, terima kasih kepada mereka yg. telah mendapatkan ebook yg. amat berguna ini.

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda bukti keberkesanan apa yang terkandung di dalam ebook ini, dimana laman web saya mendapat ranking no.1 dalam Yahoo dengan menggunakan beberapa keyword yang popular.



Jika anda menggunakan keyword "template laman web" seperti di atas, anda boleh saksikan kedudukan laman web tersebut berada pada kedudukan teratas. Ia telah bertahan sejak 3 minggu lepas hingga ke hari ini. Kedudukan web saya bagi Google dan MSN juga bertambah baik dan telah mendapat top 10 dengan menggunakan keyword tertentu.

Dari ebook ini, anda akan mengetahui bagaimana Google, Yahoo dan MSN menentukan kedudukan sesuatu laman web dan 9 langkah berkesan optimasi laman web yang telah terbukti berkesan.

Untuk keterangan lanjut, layari http://www.jomwebtemplate.com/ebookseo

Terima kasih

Wednesday, June 13, 2007

Adsense Blogging Seminar.

Salam sejahtera,

Kalau anda perhatikan, kini ramai masyarakat kita telah mula buat duit melalui Adsense. Bagi anda yg. masih belum mencuba atau yg. telah mencuba tetapi tidak mendapat pulangan yang memuaskan, ada peluang baik untuk anda. WPAdsenseMastery.com menawarkan workshop bagaimana memulakan blog dan mendapat untung dengan mudah dari blog. Anda akan di ajar bagaimana menggunakan blog sebagai platform untuk menghasilkan pulangan yang memuaskan.

Untuk maklumat lanjut klik Adsense Blogging Seminar

Monday, June 4, 2007

Apa itu Nama Domain

Domain name ialah nama yang digunakan untuk mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Ia bertindak sebagai alamat kepada sesebuah laman web di internet. Sebagai contoh http://www.jomwebtemplate.com. jomwebtemplate.com ialah merupakan nama domain. http:// ialah “Hypertext Transfer Protocol”, iaitu protokol yang digunakan untuk mengakses sesuatu laman web. www pula ialahworld wide web” iaitu cabang kecil atau lebih dikenali sebagai subdomain. Anda boleh akses laman web ini dengan menaip http://jomwebtemplate.com tanpa perlu menaip www.

Mengapa perlu domain name?


Nama domain merupakan alamat kepada laman web anda. Dengan mengetahui domain name, laman web anda boleh diakses. Untuk membolehkan laman web anda diakses di seluruh dunia, ia perlulah dimuatnaik (upload) ke komputer utama yang berkuasa tinggi yang dipanggil sebagai pelayan web atau web server.
Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 10.152.221.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain name bagi memudahkan peoses pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web.

Bagaimana domain name berfungsi?


Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain jomwebtemplate.com contohnya telah didaftarkan Internet-Webhosting yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server.

Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.jomwebtemplate.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name jomwebtemplate.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar jomwebtemplate.com kepada pelayar web.