Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saudara/ri

3 hari lagi semua umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa, puasa jangan tak puasa. Bagi anda yang masih belum ganti lagi puasa tahun lepas, masih ada masa beberapa hari lagi untuk ganti sebelum terkena figyah. Kami di JWTC mengharapkan puasa pada tahun ini akan menjadi puasa yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya InsyaAllah.




Saudara/ri
4 hari telah berlangsungnya MERDEKA Sales di JWTC, sudahkah anda merebut peluang keemasan ini. Ramai yang telah mendapatkan pakej merdeka ini. Jika anda masih belum dapatkan pakej ini, jangan tunggu hingga detik akhir kerana takut-takut anda leka dan terlepas peluang yang baik ini.

Layari http://www.jomwebtemplate.com/merdekasales

Terima kasih

Friday, August 22, 2008

Peluang Keemasan Untuk anda!









Peluang yang baik bukan datang selalu, bergantung kepada kita sama ada nak ambil kesempatan atau tidak atas kesempatan dan peluang yang baik untuk mula menjalankan perniagaan internet. Sebenarnya ramai yang ingin mencuba pernniagaan internet tetapi tak tahu nak jual apa, tak tahu nak buat web, tak tahu nak promosi dan banyak lagi tak tahu yang lain.

Kini semua persoalan itu akan terjawab jika anda mengambil peluang pada kali ini. JWTC akan mengadakan Merdeka Sales dengan tawaran yang amat berkualiti, terserah kepada anda sama ada mahu turut serta atau tidak.

Dari tawaran yang ditawarkan, anda boleh bina web jualan dengan mudah (lengkap dengan order form), panduan upload ke internet, panduan domain name & hosting, produk, SEO dan banyak lagi. Dan yang paling penting, kami juga menawarkan kepada anda 30 Produk PLR/MRR yang anda boleh jual semula kepada bakal pelanggan anda. Menarik bukan...

Kini anda tak perlu risau lagi, produk apa nak jual di internet kerana kami telah sediakan 30 produk digital untuk anda jual kepada bakal pelanggan. Wow! Kalau tak ambil kesempatan memang rugi.

Anda perlu tahu, pembelian anda pada jualan Merdeka Sales seperti ini amat menjimatkan berbanding dari pembelian biasa. Jadi, tungu hari pelancarannya pada 25 Ogos 2008. Jualan ini berlangsung hanya 2 minggu. Pastikan anda tidak melepaskan peluang sehebat ini.

Web jualan kami http://www.jomwebtemplate.com/merdekasales

Jualan bermula 25 Ogos - 7 Sept. 2008

Terima kasih

Thursday, August 21, 2008

5 hari tidak online!!

Minggu ini adalah minggu yang paling memenatkan. Tak pernah rasa sepenat macam ni sebelum ini. Tapi tak mengapa, segala kepenatan itu semakin terhakis apabila melihat persekitaran yang di idamkan.

Apa yang saya cuba jelaskan ini ha ?? Sebenarnya saya tidak online 5 hari, mulai 16 - 20 Ogos 2008, bukan kerana komputer rosak, bukan kerana masalah internet, tetapi kerana saya berpindah rumah baru. Syukur Alhamdulillah, sempat juga berpindah ke rumah baru sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak.

Kepada anda yang membuat tempahan pada tarikh tersebut, maaf, mungkin agak terlewat sedikit untuk saya proses tempahan anda. Tapi jangan bimbang, semua rekod tempahan tersimpan rapi dan saya akan proses satu persatu.

Jangan lupa, Merdeka sales akan berlansung beberapa hari sahaja lagi, kami akan umumkan kepada anda nanti.

Terima kasih.

Friday, August 15, 2008

Bagaimana meyakinkan pelanggan anda?


Mungkin ramai yang telah mulakan perniagaan internet tetapi mungkin anda belum berpuas hati dengan hasil atau pulangan yang anda dapat. Agaknya apalah sebabnya yer??

Salah satu faktor penting yang perlu diketahui ialah bagaimana untuk meyakinkan bakal pelanggan anda seterusnya mereka membuat tempahan kepada produk anda. Antara yang boleh saya kongsikan di sini ialah:

1) Grafik produk

Produk yang mempunyai grafik yang cantik boleh menarik perhatian pengunjung web anda, dan jika mereka memang berhajat kepada produk tersebut, tidak mustahil anda akan terima tempahan dari mereka.

2) Rekabentuk laman web

Rekabentuk laman web anda juga mempengaruhi pengunjung. Jika sususan objek, warna, navigasi tidak nampak seperti professional, mungkin pengunjung anda membuat tanggapan bahawa anda tidak begitu serius dalam perniagaan internet, maka hilang kepercayaan mereka kepada anda. Jika anda tidak mampu membina web yang baik, anda boleh mengupah mereka yang pakar dalam kerja-kerja rekabentuk laman web.

3) Ayat yang meyakinkan

Ayat dalam laman web anda juga memainkan peranan, jangan keterlaluan dalam anda menerangkan informasi produk anda sehingga pelanggan rasa tidak berapa selesa dengan web anda.

Bina ayat-ayat yang mudah untuk pengunjung anda faham, berikan kelebihan produk anda, bandingkan kelebihan produk anda dengan produk yang lain, jelaskan mengapa mereka perlu dapatkan produk tersebut dll.

4) Jaminan anda

Anda tidak perlu memberi jaminan yang tinggi sehingga ia nampak seperti tidak masuk akal, apatah lagi jika jaminan itu anda sendiri tidak dapat penuhi.

5) Perkenalkan diri anda

Jangan malu untuk perkenalkan diri anda, pelanggan akan lebih yakin jika mereka kenal siapa anda, di mana anda tinggal, apa email anda dll. Kalau boleh letakkan gambar anda sekali supaya pelanggan dapat mengenali muka anda dan meningkatkan keyakinan mereka kepada web anda.

6) Testimonial

Faktor terakhir ini juga amat penting. Dapatkan beberapa testimonial dari pelanggan yang telah membeli produk anda. Apatah lagi jika orang yang membeli produk anda itu orang yang berpengaruh.

Itu antara beberapa perkara yang perlu ada dalam laman web juualan anda.

p/s : Kami akan mengadakan "Merdeka Sales" sempenan bulan kemrdekaan ini, nantikan pengumuman kami nanti.

http://www.jomwebtemplate.com

Terima kasih

Wednesday, August 6, 2008

Ebook PERCUMA untuk anda!


Assalamaualaikum & salam sejahtera

Kami ada berita baik untuk anda semua. Saya ada sesuatu nak diberikan kepada anda, mau tak? Anda mesti tanya FREE ke kena bayar kan. Kalau kena bayar bukan bagi lah namanya.

Saya akan berikan satu ebook PERCUMA kepada anda dan anda boleh download sekejab lagi. Ebook ini ringkas tetapi amat penting kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka, ia ringkas dan padat.

Anda jangan bimbang dengan kesilapan ebook ini kerana ia telah disemak oleh pakar bidang agama sebelum saya berikan kepada anda. Harap ia menjadi panduan berguna kepada bakal-bakal pengantin dan dapat manfaat yang baik.

Ebook ini boleh berikan kepada sesiapa yang dirasakan sesuai, tiada halangan.

Di mana nak download? Sila klik di sini untuk download.

Selamat pengantin baru dari kami di NikahKahwin.com

Terima kasih

Tuesday, August 5, 2008

Akaun email anda!



Assalamualaikum & salamsejahtera

Lama juga saya tak lontarkan sesuatu untuk anda di sini. Tak pa, kali ini saya nak share sedikit pengalaman saya menghadapi masalah email yang tidak boleh login masuk. Saya ada beberapa email akaun termasuk gmail dan yahoo. Minggu lepas, 2 akaun email saya gmail & yahoo tidak boleh login masuk, sayahairan mengapa tidak boleh masuk sedangkan username & password memang 100% betul.

Jika anda menghadapi masalah yang sama, jangan panik. Apa yang saya lakukan adalah, recover semula password tersebut dan anda boleh login semula. Jadi apa masalahnya?

Masalahnya adalah Streamyx. Pada mulanya saya tidak percaya. Tapi apabila saya telefon syarikat hosting saya, mereka juga mengatakan bahawa sekarang ini streamyx mengalami masalah dan mereka terpaksa menggunakan line JARING sebagai alternatif. Jadi, bila menggnakan jaring, saya rasa mungkin ada something different dengan Streamyx dan sebab itu ada beberapa akaun email tidak boleh login.

Sekali lagi, jika anda hadapi masalah seperti di atas, cara yang mudah adalah recover semula password anda. itu saja. Begitu juga jika anda mempunyai akaun hosting untuk laman web anda. Jika anda tidak boleh login ke hosting, mintak company tu reset password dan gunakan password yang baru.

Apa yang dicatatkan di atas adalah pengalaman yang saya lalui sendiri dan cara mengatasi masalah tersebut. Perniagaan mesti ada cabarannya tak kira offline atau pun online.

Terima kasih