Monday, June 30, 2008

Cara Tukar Fail MS Word ke PDF - PERCUMA!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semakin lama kita lihat semakin banyak kemudahan yang ada di internet.
Adakah kita mengambil kesempatan ke atas kemudahan ini? Ya atau tidak?
Ok, kali ini saya ada satu berita gembira kepada anda yang ingin membina
fail PDF dengan mudah dan PERCUMA.

Apa itu fail PDF? Ia adalah fail (Portable Document Format), yang
anda perlu buka melalui perisian Adobe Acrobat Reader. Mungkin anda
tertanya-tanay sebelum ini, macam mana nak bina fail macam ni kan.
Ya, untuk bina fail sebegini, anda perlukan kepada perisian khusus
yang boleh convert fail MS Word (DOC) ke PDF.

Tetapi sekarang ini anda tak perlukan kepada perisian itu lagi,
anda tak perlu keluarkan kos untuk membeli perisian tersebut kerana
semuanya disediakan kepada anda secara PERCUMA. Bagaimana? Ya, anda
boleh convert fail DOC ke PDF secara online tanpa had. Menarik
jugak kan...

Di mana tu? Anda boleh masuk ke alamat web dari link dibawah ni,
daftar dan terus boleh digunakan. Semuanya PERCUMA. Mudah bukan.
Berikut link tersebut:

http://FreePDF.org/PDF/?e=meor74@yahoo.com

Klik link di atas untuk daftar secara PERCUMA. Semasa pendaftaran,
pastikan anda menggunakan email yang betul, untuk tujuan
pengesahan.

Jadi tunggu apa lagi, daftar dan bina dokumen PDF anda
secara PERCUMA sekarang!

Terima kasih.

Friday, June 27, 2008

Pengalaman Berguna Sebagai IM!

Seringkali kita dengar ramai yang nak jadi IM yang berjaya dalam perniagaan mereka. Mereka begitu teruja nam memulakan perniagaan internet dan nak mendapatkan RM1.00 yang pertama. Kali ini saya ingin kongsi dengan anda semua 2 perkara yang tidak sepatutnya di lakukan oleh IM terutamanya jika anda baru berjinak dengan perniagaan internet.

Perkara pertama, apabila anda menerima tempahan dari pelanggan dan menerima bayaran pertama, akan terasa sungguh seronok dan gembira, seolah-olah perniagaan kita ni mula mendatangkan hasil. Tidak salah untuk gembira, tetapi harus diingat, ramai diluar sana yang akan cuba menguji kepintaran anda dalam mengendalikan perniagaan online ini.

Kerana apa saya katakan begitu, kerana ramai juga yang membuat tempahan tanpa membuat bayaran kepada anda. Jadi janganlah begitu teruja dengan tempahan sehingga lupa untuk menyemak bayaran dari pelanggan dan terus menghantar produk yang ditempah. Jangan terlalu yakin dengan pelanggan dan jangan mengharapkan pelanggan akan bayar kemudian selepas mendapat produk yang mereka tempah.

Tip penting hari ini adalah walau macam mana gembira sekali pun anda perlu semak bayaran terlebih dahulu sebelum menghantar produk yang ditempah oleh pelanggan anda. Pengalaman saya, ada yang cuba menipu dengan memutar-belitkan maklumat bayaran dan sebagainya. Jadi kepada anda yang terlibat dengan perniagaan online ini terutamanya newbie, berhati-hati dengan keadaan macam ni.

Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, June 24, 2008

Mengapa NICHE itu penting!!

Semakin ramai ingin menceburi perniagaan internet. Kalau kita tengok, terlalu banyak laman web yang menawarkan produk berbentuk fizikal dan digital. Tetapi mungkin sesetengah dari kita tidak menghiraukan betapa pentingnya NICHE dalam perniagaan internet.

Apa itu NICHE? Ia bererti berfikirkecil, spesifik, khusus, pasaran yang kecil (narrow down) dll.
Maksudnya apabila nak berniaga di internet, perlu mencari Niche Market supaya produk kita dapat dijual di pasaran.

Contoh: Jika anda seorang chef, anda tahu banyak resepi. Anda boleh hasilkan ebook mengenai resepi masakan. Kalau di Niche kan lagi, anda boleh hasilkan ebook yang fokus kepada resepi buat kek sahaja. Maka ebook resepi kek itu adalah sesuatu yg. niche.

Kalau kita tengok buku masakan memang byk di pasaran, tetapi kalau buku fokus kepada kek agak berkurangan dari buku masakan kan.. Di situlah Niche mainkan peranan.

Mengapa perlu niche?
1. Dapat fokus kepada pasaran yang lebih kecil (niche)
2. Dapata mengelak dari pesaing yang lebih besar dari kita.
3. Niche menjadikan anda seorang pakar.
4. Mudah kepada kita untuk lebih fokus.

Kesimpulannya, anda tak perlu fikir produk yg. besar untuk dijual di internet, fikir secara kecil kerana lebih niche pasaran anda, lebih tinggi potensi untuk anda buat sales di internet. Banyak lagi panduan perniagaan internet yang nak saya kongsi dengan anda. Semuanya saya kumpulkan dalam pakej ini...

Terima kasih

Sunday, June 22, 2008

Beberapa Anggapan yg. Salah kepada Perniagaan Internet!

Sering kali kita dengar perniagaan internet memerlukan skill dan kemahiran ICT yang tinggi, kalau tidak susah nak berjaya dalam eBiz. Kita kena bina web site yang mempunyai grafik & animasi yang boleh menarik perhatian pelawat, dan macam-macam lagi.

Apa yang saya nyatakan di atas adalah beberapa "Misconceptions" mengenai perniagaan internet. Okey, hari ini saya akan tulis mengenai beberapa "Misconceptions" sebahagian besar dari kita mengenai eBiz ni, antaranya:

Bila saya berniaga di internet, saya perlu:-

1) Online 24 jam sehari ternasuk melayari email.

Sudah tentu tidak, bila pelawat hantar email, email tersebut akan di simpan dlm server. Anda boleh akses email tersebut bila2 masa yang sesuai. Jadi tak perlu online 24 jam sehari.

2) Online 24 jam sehari supaya pelawat boleh melayari laman web saya.

Tidak sama sekali. Fail web anda berada di server yang online 24 jam. Jadi anda tidak perlu online 24 jam bagi membolehkan pelawat melayari web anda.

3) Belajar HTML yang rumit untuk membina laman web.

Tidak! Malah ada mereka yang graduat dari U pun tak pandai HTML. Kini terdapat banyak perisian yg. memudahkan anda bina web walaupun anda tidak faham HTML, seperti MS Frontpage, Dreamweaver bah kan MS Word pun boleh bina laman web.

4) 10000 pengguna internet bermakna 10000 pelanggan.

Tidak sama sekali. Kalau macam tu, semua orang boleh jadi jutawan. Tidak semua dari 10000 itu akan layari web anda, dan yang melayari web anda pun bukan semuanya pelanggan anda. Jadi, niche dan promosi amat penting untuk menarik pelawat ke web anda.

5) Berjuta laman web di dunia, macam mana orang nak jumpa web saya.

Betul, tapi dengan mempelajari teknik promosi yang betul, tidak mustahil beribu pelawat masuk ke web anda.

6) Perniagaan Internet adalah skim cepat kaya.

Tidak. Perniagaan internet tidak memberi kekayaan kepada anda dengan sekelip mata, seperti mana perniagaan secara off-line. Tanpa usaha yang betul dan berterusan, kita tidak akan berjaya.

Begitulah beberapa "Misconceptions" yang perlu diperbetulkan supaya kita tidak tersalah anggap kepada perniagaan internet ini.

Terima kasih

Thursday, June 19, 2008

Sedikit TIPS mengenai Optimasi Web!

Saudara/ri,

Ramai dikalangan kita yang mempunyai laman web tetapi tak der sesiapa pun yang melihat web kita. Mengapa? Kerana kita tidak promosi web kita kepada umum untuk tarik trafik.

Macam mana nak tarik trafik ke web? Macam-macam cara, ada yang free dan ada yg. berbayar. Kita cerita cara yang free lah. Salah satu cara yang free ialah SEO.

SEO (Search Engine Optimization) merupakan proses menyediakan laman web untuk memperolehi kedudukan yang baik dalam search engine (SE) yang boleh membawa trafik ke laman web anda. SEO ialah proses berterusan bermula dengan optimasi laman web, kemaskini secara bulanan, menilai keputusan search dari semasa ke semasa dan penambah baikan laman web anda (kemaskini).

Contohnya, kita selalu dok sebut Google & Yahoo sampai terlupa kepada MSN. MSN mempunyai bilangan pengguna yang paling kecil jika dibandingkan dengan 2 gergasi SE iaitu Yahoo dan Google. ComScore melaporkan bahawa 48% pengguna MSN adalah untuk tujuan pembelian produk atau perkhidmatan daripada keseluruhan purata pengguna internet. Statistik ini amat penting kepada laman web yang menjalankan jual-beli secara online.

Salah satu tip yg. penting membina web adalah keyword density. Kandungan web anda perlu lengkap dan menarik, iaitu perlu memenenuhi SE dan algorithma. Di dalam menulis kandungan yang memudahkan pengguna web anda, anda perlu pastikan tulisan anda itu jelas dan menggunakan bahasa yang menarik dan boleh difahami. Anda perlu masukkan keyword dalam kandungan web anda kerana “keyword density“ penting dalam MSN.

Contoh jika web anda berkaitan dengan produk kecantikan, maka banyakkan perkataan “produk kecantikan” dalam isi web anda.

p/s: web saya http://www.jomwebtemplate.com kini berada pada kedudukan pertama di google & yahoo jika anda search menggunakan keyword "template laman web"

Anda boleh dapatkan panduan lengkap SEO di sini...

Terima kasih

Tuesday, June 17, 2008

Mengapa LIST penting dalam ebizz!!

Assalamualaikum semua,

Dalam tempoh hampir sebulan saya membuat sedikit kajian mengenai kepenting LIST dalam perniagaan internet (eBiz) dan hasilnya memang benar sama sekali apa yang dijangka. Tidak boleh tidak, jika anda terlibat secara langsung atau tidak langsung, LIST adalah faktor penting jika anda benar2 serius dlm ebiz.

Okey, hasil dari kajian yang dibuat, rata-rata mengatakan bahawa 80% faktor yang menentukan kejayaan ebiz adalah dengan mempunyai jumlah LIST yang ramai. Ingat bahawa, LIST memudahkan anda utk promosi. Jadi, makin ramai jumlah LIST maka makin besar potential customer yang anda akan dapat.

Bagaimana nak dapatkan jumlah LIST yang banyak? Dalam internet semua ada, banyak ebook percuma yang membincangkan tip bagaimana nak dapatkan LIST. Berikut beberapa tips bagaimana nak dapatkan LIST dengan mudah:

1) Menawarkan produk percuma kepada pelanggan.
2) Ayat yang power boleh menarik pelawat untuk daftar sebagai LIST
3) Penggunaan grafik-grafik yang boleh memukau perhatian pelanggan anda.

Jadi, jika anda adalah salah seorang ebiz, pastikan jangan abaikan proses pengimpulan LIST ni.

Terima kasih.

Tuesday, June 10, 2008

Protect Download Page anda!

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selepasa 1 bulan pelancaran produk terbaru "Download Page Cara Mudah - Password protected", ia mendapat sambuatan yang menggalakkan. Dalam masa kurang 1 bulan, lebih 20 unit telah terjual. Mengapa ? Kerana download page yg. selamat adalah perkara penting dalam perniagaan internet anda.



Kini, saya dalam usaha untuk menyiapkan 1 lagi produk yg. penting untuk IM semua, tak boleh citer lagi kot kat sini. Nanti lah, bila dah 80% siap nanti baru akan disebarkan.

Begitulah kerja rutin sebagai IM separuh masa. Walau pun penat, tetapi saya tetap puas dan enjoy dengan usaha ini. Jika anda ingin terlibat sama dlm IM, carilah bisnes yang berkait rapat dengan minat anda, supaya anda tidak akan jemu, bosan nanti.

Nanti kan produk terbaru kami...

Terima kasih.

Friday, June 6, 2008

Minyak oh minyak...


Kini kita sibuk bercerita tentang kenaikan harga minyak. Mana2 tempat pun anda pergi semua dok cerita pasai harga minya. Untuk pengetahuan, saya senarai kan di sini, kenaikan harga minyak dari tahun 1990.

Susah untuk kita elakkan dari harga terus naik. Yang penting kita kena terus bersedia untuk menerima kenaikan ini di masa hadapan. Rancang dengan baik kewangan anda, nak mula berniagan di internet pun ok jugak.



Sebelum 1990 - RM 0.89

Year 1990 - RM 1.10 (up RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (up RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (up RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (up RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (up RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (up RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (up RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (up RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (up RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (up RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (up RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (up RM 0.78)

Perbandingan harga minyak dunia.

JULY 2008 ONWARDS – Tak tau macam mana!

Jadi, kita kena cari pendapatan sampingan lepas ni.

TQ

Tuesday, June 3, 2008

Virus 666

Virus...Virus...Virus

Dunia cyber digemparkan lagi dengan kemunculan virus
terbaru bernama Virus 666 yg. membawa pesanan dari
neraka. Ia mula di kesan 1 bln yg. lalu dan menyerang
sistem fail termasuk Windows.

Jangan buka fail dibawah jika anda nampak fail ini di komputer:
1. flash.10.exe
2. HELP.ME!!.HTML
3. msconfig.com
4. cmd.com
5. ping.com
6. regedit.com
7. seram.pkz
8. aweks.pikz
9.msn.msn


dan byk lagi...

Ia tidak menyerang data-data yg. ada dlm komputer, tetapi
menyerang fail sistem dan menyalin (copy) fail sistem dalam
kuatiti yg byk. menyebabkan komputer anda akan menjadi
perlahan.

Tanda2 dijangkiti virus 666:

1. komputer jadi perlahan
2. terdapat byk fail sistem
3. proses menutup tingkap jadi lambat
4. pelbagai fail-fail baru dicipta sendiri

Setakat ini belum dipastikan antivirus mana yg boleh clean
virus ni, kalau ada sapa-sapa tahu, boleh reply thread ni.
Yang penting, pastikan antivirus yg. kita guna sentiasa dikemaskini.

TQ