Monday, July 28, 2008

Karam Singh dan alam semesta!

Baru-baru ini, aktivis alam sekitar yang popular dengan pantun, Karam Singh Walia telah dijemput oleh USM untuk memberi ucapan mengenai alam sekitar kita yang semakin tenat sekarang ini. Saya berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa isu yang penting yang disebut oleh En. Karam Singh Walia. Seperti biasa, beliau memulakan ucapan dengan ungkapan indah:

"Jika kucing tidak bertaring, si tikus akan menari-nari"

Itulah gaya seorang aktivis alam sekitar yang cintakan alam semesta dari dicemari manusia dan menghidupkan semula kata-kata peribahasa melayu yang semakin sepi ditelan arus kemodenan.

Antara isu-isu yang dibentangkan adalah:

1. Penternakan babi di Melaka
2. Pengorekan pasir di Selangor
3. Penebangan hutan di Cameron Highland
4. Pencemaran sungai-sungai di sekitar kandang babi
5. Pemanasan global sehingga mewujudkan kemusnahan alam melalui banjir, ribut.

dan banyak lagi...

Secara ringkasnya, saya berikan beberapa intipati penting dari ucapan beliau di bawah, antaranya beberapa perkara yang beliau amat kesali mengenai sikap yang tidak bertanggungjawab, antaranya:

1. Pihak berkuasa seperti Jab. Alam Sekitar tidak melaksanakan tanggungjawab dengan telus.
2. Pihak berkuasa tidak turun padang sehingga berita tersebut masuk media TV3.
3. Terdapat fenomena di mana alam semesta dibenarkan dicemari semata kepentingan golongan tertentu.
4. Pihak berkepentingan mengaut untung yang tinggi dari aktiviti yang tidak sihat seperti penternakan babi sehingga sungai berhampiran kandang babi turut dicemari.
5. Yang amat menyedihkan adalah pihak berkuasa tidak mengambil apa2 tindakan dari rayuan rakyat hanya kerana menjaga kepentingan kroni.

Itulah antara perkara yang didedahkan beliau dalam ucapan yang berlangsung hampir 2 jam setengah. Penuh dengan kata-kata nasihat, motivasi dan kebenaran mengenai apa sebenarnyay yang sedang berlaku kepada bumi kita. Justeru, apa yang perlu kita lakukan?

1) Tukar gaya hidup dengan kurangkan penggunaan plastik.
2) Tidak terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keselesaan orang lain.
3) Sama2 menjaga kebersihan bumi dari dicemari dan banyak lagi...

Apa yang membuatkan saya begitu teruja ialah beliau mengkaji Al-Quran dan membacanya melalui terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan bahawa, Agama Islam telah menggariskan peraturan yang baik sekali dari sudut alam sekitar tetapi umatnya tidak mahu mengikut apa yang tertulis dalam Al-Quran. Lalu terjadilah kemusnahan hutan-hutan, sungai, di darat dan dilautan disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. Saya amat bangga dengan kesungguhan beliau menjaga alam sekitar dan memperjuangkan alam semesta ini dari dicemari. Semoga usaha beliau mendapat sokongan dari pihak2 berwajib.

Terima kasih

Tuesday, July 22, 2008

Masa tidak menunggu kita!

Ramai yang menyangka saya menjalankan perniagaan internet secara full time. Sebenarnya perniagaan ini boleh dibuat secara sambilan atau sepenuh masa, bergantung kepada masa yang kita ada, usaha dan pendapatan yang diperolehi.

Ada juga yang berniaga di internet secara sambilan sahaja, waktu siang bekerja seperti biasa dan waktu malam & hujung minggu digunakan untuk berniaga di internet. Ambillah masa 1-2 jam sahaja setiap malam untuk duduk di depan komputer untuk promosi, semak order, update website, masuk forum dll.

Ramai juga yang menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Anda boleh buat sepenuh masa jika kedudukan kewangan anda dah stabil dan pulangan bulanan boleh menampung perbelanjaan anda. Bahkan, ramai yang telah menjana pendapatan melebihi dari gaji seorang pegawai (3-5 ribu ringgit sebulan).

Yang lebih baik lagi adalah mereka yang mula menjalankan perniagaan internet secara sambilan pada awalnya, mendapat pulangan yang konsisten dan terus bergiat secara sepenuh masa. Ramai yang bercita-cita nak jadi macam ni, bekerja sendiri di rumah dengan hanya duduk di depan komputer sahaja. Tapi jika anda tidak mulakan secara sambilan, mustahil anda boleh berniaga di internet secara sepenuh masa. Jutawan Internet Dr. Irfan Khairi pun pada awalnya mula berniaga di internet secara sambilan dan kini berjaya dalam perniagaannya.

Semuanya bergantung kepada diri kita, bagaimana kita menguruskan masa untuk bekerja dan berniaga secara online. Jika anda tidak mulakan hari ini, rugilah lah kerana kita selalu menggunakan internet, tetapi kita tidak boleh menjana 1 sen pendapatan darinya sedangkan orang lain telah berjaya menjana ribuan ringgit.

Terima kasih.

Panduan perniagaan internet di sini...

TQ

Wednesday, July 16, 2008

Tip SEO - Onsite Factor

Kali ni saya nak berikan beberapa tips SEO kepada anda dimana ia amat berkesan sekali terutamanya kepada SEO Yahoo & MASN. Anda perlu mengambil kira 3 perkara di bawah semasa membina laman web anda.

1) Struktur “internal linking” web anda


Cara web anda di link sebenarnya memberi tahu search engine (SE) bahawa bagaimana ia terbina dan membolehkan SE dengan mudah mengenalpasti web anda malaui “internal link” yang ada. Jika web anda menggunakan imej atau script-based navigation, maka penting bagi anda untuk menggunakan text-link di dalam isi kandungan dan bahagian bawah (footer) web anda. Penggunaan Text-link ini baik bagi spider dan berfungsi memberi tahu spider tentang halaman tertentu yang mempunyai “anchor text” berkaitan.

2) Bilangan halaman dalam web anda dan kaitannya.

SE MSN sentiasa mengalu-alukan pelawatnya. Oleh itu ia mahu memastikan bahawa pelawat akan menemui maklumat yang dicari apabila mereka menemui laman web anda. Untuk itu,
laman web yang besar dan mempunyai isi kandungan yang baik akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding laman web yang kecil.

Oleh itu, jika anda optimize web anda utuk MSN, pastikan kandungan web anda berkualiti. Ambil masa untuk semak laman web pesaing anda, berapa besar web mereka. Anda juga boleh gunakan kaedah forum atau blog untuk besarkan kandungan web anda.

3) Penggunaan “Title”, “heading tag” dan format khas.

Tajuk (title) merupakan faktor amat penting bagi optimasi MSN. Ia penting kerana 2 sebab:-

a) Nilai nya amat tinggi kepada algorithma MSN
b) Merupakan tingkap anda kepada dunia (window to the world)

Apabila pengguna cari (search) maklumat, tajuk web anda akan dipaparkan pada hasil carian dan akan klik pada tajuk web anda jika mereka berminat.

Moga panduan ini membantu usaha SEO web anda.

Panduan lengkap SEO, klik sini...

Terima kasih.

Friday, July 11, 2008

Modal Perniagaan Internet Mahal?

Seringkali kita dengar, untuk memulakan sesuatu perniagaan, ia sering kali dikaitkan dengan modal. Nak buat bisnes, kena ada modal, kalau tidak jangan buat bisnes. Mungkin pendapat itu boleh diterima pakai kalau anda nak mula bisnes secara conventional. Bagaimana pula dengan perniagaan internet?

Ya, perniagaan internet tidak sama seperti perniagaan biasa terutamanya dari sudut modal. Ia tak perlukan modal yang besar pun. Di bawah ni saya senaraikan bentuk-bentuk modal perniagaan internet yang paling asas:

1) Domain name - RM40 setahun
2) Web hosting - RM60 - RM100 setahun
3) Web designer - dari RM200 - RM500 * Jimat jika anda bina web sendiri

Secara purata, kos yang terlibat untuk mulakan perniagaan internet ialah dibawah RM500. Cukup rendah jika dibandingkan dengan perniagaan biasa. Jika anda menggunakan blog, anda lagi boleh jimat kerana tiada kos domain dan hosting.

Mungkin anda juga perlu keluarkan sedikit modal untuk beli produk PLR, MRR untuk dijual semula dan juga kos pengiklanan.
Pengalaman saya memulakan perniagaan internet ini juga dengan kos yang rendah iaitu kira-kira RM150 sahaja, kerana bina laman web sendiri. Jadi tiada alasan lagi dari sudut modal mengapa anda tidak memulakan perniagaan internet.

Kini, telah banyak pakej-pakej web perniagaan yang free dan berbayar, anda boleh dapatkannya jika sesuai. Kesimpulannya, jika anda tidak mahu keluarkan sedikit modal, anda tidak akan mendapat pulangan yang berganda.

Terima kasih

Sunday, July 6, 2008

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?

Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?

Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!

Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..

Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.

Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi

Pakej Rahsia 10K

Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera sekarang di sini...

Sahabat online anda,

PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Terima kasih.

Friday, July 4, 2008

Jemputan dari pembaca!

Semalam, buat pertama kali saya menerima jemputan perkahwinan daripada pembaca ebook "Rahsia Mudah Akad Nikah" yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2008, 3 bulan yang lalu. Kini ebook tersebut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dikalangan pembaca yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka. Rata-rata pembaca ebook ini berumur 20 - 35 tahun.

Berikut saya paparkan email tersebut:







Klik atas gambar untuk besarkan.

Jadi, jika anda adalah antara individu yang bakal melangsungkan perkahwinan, pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan ebook ini yang sarat dengan RAHSIA serta TIP yang amat berguna sebelum melangsungkan perkahwinan.

Saya berdoa, mudah-mudahan bakal pengantin di atas akan berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Terima kasih

Wednesday, July 2, 2008

Hosting yang dicadangkan!

Bagaimana hari ni, anda dah mulakan perniagaan internet atau belum lagi. Bagi yang baru nak mulakan, mungkin sekarang tengah tercari-cari di mana hosting & domain apa yang anda nak beli untuk upload laman web jualan anda. Yang penting, kalau boleh tidak gunakan hosting percuma kerana itu menggambarkan kepada pelanggan bahawa anda tidak serius dalam perniaggan.

Okey, saya nak cadangkan kepada anda beberapa hosting provider yang baik berdasarkan kepada pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah menggunakan hosting ini. Antara hosting yang bagus adalah seperti:

1) Internet web Hosting
2) Net KL
3) Sempoi Hosting

Bukan yang lain saya kata tak bagus, tapi ini adalah dari pengalaman saya dan mereka yang menggunakannya. Jadi anda tak perlu lagi nak test, hosting ni bagus, hosting ni tak bagus. Gunakan terus hosting yang dicadangkan supaya anda boleh berjimat kan.

Tapi sebelum nak beli hosting tu, kalau boleh bajet dulu, web anda tu untuk apa, supaya kita boleh bajet space untuk hosting tersebut. Kalau web anda melibatkan fail audio, video, maka ia perluk na kepada space yang besar, tetapi kalau web anda tu cuma untuk web jualan biasa, space kecil pun cukup.

Untuk maklumat hosting yang lain, anda boleh klik di sini...

Terima kasih.