Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Moga anda sentiasa sihat walafiat menjelang penghujung Ramadhan Al-Mubarak ni. Bagaimana persiapan raya, saya bersedia ala kadar jer.

Ok, sebagai pelanggan setia JWTC, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Maaf Zahir Batin kepada semua yang terus setia bersama JWTC dan menyokong kami.

Kami ingin umumkan kepada anda bahawa, JWTC akan bercuti selama seminggu sempena hari raya, bermula pada 29 hb Sept. 2008 sehingga 5 Okt. 2008. Walaubagaimana pun anda masih boleh membuat tempahan pada tempoh tesebut, (itulah kelebihan perniagaan internet).
Semua tempahan yg. dibuat pada tarikh tersebut akan mula diproses pada 6 Okt. 2008.

Akhir kata, hati-hati memandu semasa pulang ke kampung dimusim perayaan ni. Kami doakan anda semua selamat sampai ke destinasi masing2.

p/s: Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Terima kasih

Admin
JWTC

Friday, September 19, 2008

Tips SEO untuk anda!


Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ini dah 19 hari kita berpuasa, moga anda sentiasa sihat, tenang dan lebih produktif. Baik, kali ni saya nak share dengan anda semua 1 tip penting mengenai SEO. Apa dia? Ya, salah satu perkara penting SEO adalah kandungan laman web anda.

Kandungan web anda memainkan peranan yang penting dalam menentukan kedudukan web anda dalam SE. Ada 3 perkara penting yang anda perlu ambil kira dalam membina kandungan web:-


a) Kandungan yang unik dan tulisan yang menarik.

Sebenarnya apabila anda mula membina kandungan web, anda sebenarnya berada pada bahagian awal SEO. Spider SE akan mencari kandungan yang unik dan pengguna akan mencari tulisan yang menarik. Menentukan kandungan yang unik dan menarik amat subjektif dan anda perlu tahu bagaimana untuk menulis kandungan web anda di dalam industri anda. Untuk lebih mudah, anda juga boleh melihat contoh isi kandungan laman web pesaing anda.

b) Artikel yang ada link ke web anda.

Satu cara yang berkesan untuk menarik trafik ke laman web anda ialah dengan menulis artikel. Apabila anda menulis artikel dan publish ke web lain, pastikan anda membina link ke web anda. Jika ini berlaku, anda akan dapati trafik akan meningkat dan kedudukan web anda dalam SE juga bertambah baik.

c) Kandungan berkualiti memberi lebih link.

Kebaikan bila anda mempunyai kandungan web yang berkualiti ialah kemungkinan web anda menjadi rujukan kepada pengguna. Pengguna akan membina link secara otomatik ke web anda jika atau pun reciprocal link. Ini membantu usaha anda dalam SEO secara tidak lansung.

Jadi, pastikan kanduangan web anda menepati kehendak SEO ya! Kalau nak tau lebih lanjut mengenai SEO ni, klik di sini...

Terima kasih

Friday, September 12, 2008

DVD Usahawan Internet Berjaya!




Rakan digital sekalian,

Perniagaan internet bukan sesuatu yang pelik dan janggal lagi bagi rakyat malaysia, kerana ramai
yang telah berjaya mengaut keuntungan secara online sama ada separuh atau sepenuh masa. Kini perniagaan secara digital ini semakin hari semakin ramai rakyat kita mencuba.

Anda tak mau cuba ka? Saya telah 2 tahun menjalankan perniagaan internet secara separuh masa dan Alhamdulillah dapat menampung kos hidup yang semakin meningkat. Walaupun saya telah terlibat dengan perniagaan internet ni selama 2 tahun, masih banyak perkara yang perlu dipelajari kerana bisnes macam ni sentiasa kena up-to-date. Yang terbaru ialah mengenai VideoUsahawan internet yang telah berjaya menjana pendapatan puluhan ribu ringgit dan mereka telah mendedahkannya dalam bentuk DVD, bukan ebook ya, tapi DVD. Anda tak perlu baca, video akan baca untuk anda...

Saya cadangkan kepada anda yang baru nak menceburkan diri dalam ebiz, atau mereka yang telah menjalankan ebiz tetapi tidak berjaya agar menonton DVD yang lengkap ni. Ia cukup bagus dan membuka minda anda untuk berjaya dalam ebiz dengan cara & kaedah yang amat betul dan relevan dengan perniagaan digital.

Klik di sini untuk mengetahhui maklumat lanjut...

Sebenarnya kita perlukan panduan lengkap yang betul untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya sama ada separuh masa atau sepenuh masa.

Saya nak ucapkan TAHNIAH kepada Team Jomseminar kerana berjaya menghasilkan satu produk yang cukup lengkap dan berkualiti tinggi.

Rangsang diri anda untuk berjaya dalam perniagaan internet dengan DVD ini!

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Tuesday, September 2, 2008

Kelebihan Solat Tarawih!


Hari ni dah masuk hari ke-2 umat Islam menjalankan ibadah puasa. Banyak kelebihan pada bulan yang mulia ini terutama ibadah Solat Tarawih. Di bawah ni antara kelebihan Solat Tarawih:


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

p/s1: Bagi anda yang nak dapatkan jadual berbuka puasa, boleh download di sini...


Terima kasih