Wednesday, October 29, 2008

Trafik Website Malaysia - Top 50


Hari saya sempat semak top 50 trafik website di Malaysia, dan kini saya dapat tahu website mana yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Apa tujuan saya mencari web yang tinggi trafik ini? Tak lain dan tak bukan adalah untuk mempromosi produk dan servis yang ditawarkan.

Apa guna kita promosi pada laman web yang tidak mempunyai trafik yang tinggi kan... So dengan pendedahan ini, kita sama-sama dapat tahu mana satu laman web di Malaysia ini yang mempunyai trafik yang tinggi.


Saya listkan kat sini.

1. Yahoo!

2. Google.com.my

3. Friendster

4. YouTube

5. Windows Live

6. Google

7. Blogger.com

8.Facebook

9. Microsoft Network (MSN)

10. Myspace

11. Wikipedia

12. Malaysiakini.com

13. The Star Online

14. RapidShare

15. Microsoft Corporation

16. Maybank2u.com.my

17. WordPress.com

18. Mobilefun4u.net

19. Baidu.com

20. Tagged

21. Utusan Online

22. Photobucket image hosting and photo sharing

23. Cari Malaysia

24. Go

25. Jobstreet.com

26. Mudah.com.my

27. Lowyat.NET

28. Flickr

29. ESPN Sportszone

30. RedTube

31. Bharian.com.my

32. M2day.org

33. AirAsia Berhad

34. One Manga

35. Xunlei.com

36. Metacafe

37. MediaFire

38. 迅雷旗下-狗狗影视搜索

39. Googlesyndication.com

40. Fastclick

41. 4shared

42. Hmetro.com.my

43. LiveJournal

44. Lelong.com.my

45. Adult Friendfinder

46. Wixawin.com

47. Sports Toto

48. 無名小站

49. Harakahdaily.net

50. CNET Download.com


Terima kasih

Tuesday, October 21, 2008

Sebulan Sebelum Berkahwin, Apa Yang Menakutkan...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari ni jam 7.00 pagi saya bertolak pergi kerja. Hampir setiap hari, bila dok dalam kereta saya dengar radio Sinar.fm dan pagi ni topik yang dibincangkan amat menarik sekali. Apa topik dia yer...Sapa yang dengar radio Sinar jam 7.30 sampai 9.00 pagi tadi tentu tahu apa tajuk dia kan...Ok, tajuk yang dibincangkan adalah "1 bulan sebelum berkahwin - apa yg. mereka bimbangkan", lebih kurang macam tu la bunyi tajuk tu.

Saya sempat mendengar panggilna dan SMS dari pendengar radio tersebut dan menyatakan macam-macam perkara yang dibimbangkan apabila menjelang hari perkahwinan, ada yang bimbang pada mertua, duit tak cukup, masalaha komunikasi dan macam-macam... Namun ada sebahagiannya menyatakan mereka amat bimbangkan hari pernikahan mereka, takut menghadapi upacara akad nikah. Maklum lah orang ramai duduk keliling tengok anda akad nikah. Ada yang menyatakan, mereka lupa jumlah mas kahwin semasa akad nikah. Dahsyar tu.... kalau lupa nama bakal isteri, lagi bahaya, kot-kot tersebut nama orang lain plak nanti. Maklumlah, tengah panik, macam-macam boleh keluar dari mulut pada waktu tu kan...

Jadi macam mana anda nak hadapi ni semua?? Saya mencadangkan kepada anda dapatkan panduan yang amat jelas dan tersusun mengenai persiapan akad nikah ini dari satu ebook yang direka khas untuk membantu bakal pengantin menghadapi situasi tegang sebegini. Banyak tip-tip berguna serta pengalaman orang yang telah melalui situasi ini dikongsi bersama dalam ebook ini. Di samping itu, anda akan menerima BONUS-BONUS menarik yang ditawarkan.

Layarilah web ini untuk maklumat lebih lanjut http://www.nikahkahwin.com

Terima kasih

Wednesday, October 15, 2008

Tip Promosi Yang Effektif.

Assalamualaikum dan Salamsejahtera,

Apa erti perniagaan, tidak kira perniagaan offline atau online kalau tak disertakan dengan pengiklanan dan promosi. Banyak kaedah promosi yang boleh dilakukan untuk menigkatkan sales dan kali ini saya nak dedahkan 1 tip promosi yang kita panggil sebagai "Viral Marketing".

Rasanya mungkin ramai yang dah tahu apa itu "Viral Marketing" kan, tengok gambar di sebelah ni pun kita dah boleh faham, tapi rasanya ramai yg. tidak menggunakan kaedah ini di dalam laman web jualan.

Salah satu laman web jualan saya, saya gunakan kaedah ini dan saya dapati trafik yang masuk amat baik, walaupun tidak mencecah ribuan trafik dalam satu hari tetapi trafik yang masuk adalah konsisten. Walaupun saya tidak promosi dalam jangka waktu tertentu, tetapi trafik terus masuk secara konsisten.

Yang mana satu anda nak, bilangan trafik masuk yang banyak tetapi terhad atau bilangan trafik yang tidak terlalu banyak tetapi konsisten?? Sila buat pilihan. Kalau ditanya kepada sesiapa pun, semua orang nak trafik yang tinggi pada web masing-masing kan. Tepuk dada, tanya mouse anda...he...he... Sebagai contoh, anda boleh layari web berikut dan lihat di bahagian bawah sekali.

http://www.jomwebtemplate.com

Ada 3 ruang untuk anda masukkan email kawan anda supaya mereka boleh masuk dan seterusnya melayari web tersebut. Itulah sebenarnya kaedah "Viral Marketing" yang nampak simple tetapi efektif.

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Tuesday, October 7, 2008

Tajuk email Yang Mudah Kaya!

Assalamualaikum dan salamsejahtera,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda, Maaf Zahir Batin.

Seminggu lebih bercuti raya, kini baru online. Kepada anda yg. membuat pesanan semasa cuti raya, saya dah pun membuat penghantaran produk kepada anda. Terima kasih banyak-banyak, cuti raya pun ada tempahan yer...


Baiklah, saya nak tarik perhatian anda dengan tajuk email yang menarik di bawah ni, cuba anda baca kejab:-


TERHANGAT DIPASARAN. DUDUK DIAM-DIAM, DUIT MASUK KE AKAUN ANDA.

ANDA TERPILIH UNTUK DAPATKAN RM 30 JUTA.

MODAL RM10.DUIT MASUK MENCURAH-CURAH.

PENUHKAN AKAUN ANDA DGN RM10 & RM40.


(((FAKTA))) RM50 MEMBANJIRI AKAUN ANDA SETIAP HARI.


Mau Jana Wang Cepat? Kawan Saya Menjana $24,533 Dalam Masa 28 Hari!

WOW!! Meletup!! Gempak!! Lumayan! duit online 24jam..terus masuk bank...

Daftar Sekali Duit mencurah-curah masuk......

dan banyak lagi......

Adakah anda percaya dengan tajuk email macam ni?? Mungkin ada yang percaya dan ada yang tidak. Dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya, betul ker ni, betul ker boleh dapat duit mudah macam ni??

Sekali pandang, bunyi tajuk email tu memang amat menarik. Sapa tak mau duit yang banyak dengan cara yang mudah kan...Bunyi tajuk email ni memberi bermaksud, dengan berniaga atau mendaftar program di internet, anda boleh dapat duit/untung dengan mudah.

Saya rasa baik kita kembali kepada lumrah alam, setiap kejayaan itu perlukan usaha yang bersungguh-sungguh secara berterusan. Bukan mudah untuk berjaya keculi dengan usaha yang gigih.

Tajuk email di atas satu pun tidak menggambarkan bentuk usaha yang gigih mencapai kejayaan, semuanya menerangkan bagaimana nak dapatkan kejayaan dengan mudah. Sebenarnya tidak ada jalan pintas Untuk kita mendapat kejayaan/kekayaan. Jutawan internet seperti Dr.Irfan Khairi pun telah berusaha keras bertahun-tahun untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan internetnya. Kalau lah tajuk email di atas tu betul, agaknya dah ramai orang yang jadi jutawan sekelip mata kan...Jadi, fikir-fikirkanlah secara rasional.

Saya dah ikuti beberapa kursus mengenai perniagaan internet dan telah dapat hasil dari perniagaan internet. Nak tau teknik perniagaan internet yang betul, klik di sini...

Terima kasih