Tuesday, November 25, 2008

Jangan kedekut untuk dapat untung!


Assalamualalikum & salam sejahtera

Sedar tak sedar kita dah sampai hujung tahun 2008, dan musim hujan pun dah bermula bagi sesetengah tempat. Risau kot banjir.

Ok, kali saya coret sikit mengenai macam mana nak dapat hasil dari perniagaan internet ni. Ramai dikalangan kita ni dah mula menjinakkan diri dalam perniagaan internet. Ada yang dah dapat untung dan ada juga yang masih tak dapat pelanggan. Kalau untung tu tak per la, kalau yang masih tak dapat pelanggan ni macam mana?

Pengalaman masa mula berniaga di internet ni, kita memang selalunya berkira pasai duit, kalau boleh tak mau nak keluarkan langsung modal selain modal domain dan hosting. Apa yang diharapkan adalah mengharapkan pelanggan membeli produk kita.

Bila dah lama dlm dunia ebiz ni, baru terperasan bahawa cara di atas adalah salah. Sebenarnya kalau nak dapat pelanggan, jangan kedekut nak keluarkan duit. Kita keluarkan RM1 untuk promosi, duit akan datang balik RM10. Kalau kira keluarkan RM10 untuk promosi, pulangan RM10++ (dah untung dah tu). Kesilapan kita adalah selalu nak cepat dapat duit tanpa keluarkan 1 sen modal. Itu yang silap...

Kesimpulannya, nak dapat pulangan yang baik, jangan terlalu kedekut nak keluarkan duit dan itulah yang saya lakukan sekarang. Alhamdulillah, memang ada pulangan yang baik. Ini adalah satu pengalaman baik yang telah mengajar saya dan anda yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Cara mudah bina "Download Page Protected"

Friday, November 14, 2008

Pengurusan masa IM Part-time.

Assalamualaikum & salamsejahtera,

Dalam seminggu dua ni, saya amat sibuk dengan tugas dipejabat kerana sedang menghadiri kursus selama 2 minggu. Kalau nak diikutkan memang tak sempat nak lihat laman web, promosi jualan, update laman web dan lain-lain.

Biasalah, sebagai IM part-time ni, memang nampak macam tak sempat, tapi kalau kita boleh uruskan masa dengan baik, rasanya ebizz boleh berjalan dengan baik, InsyaAllah.

Macam mana nak buat ni ha, kerja byk dari jam 8 pagi sampai 5 petang? Saya nak share kat sini bersama dengan part-timer ebiz semua, masa bila kita nak lihat website kita ni.

Apa yang saya buat adalah, kalau kerja di pejabat start jam 8 pagi, saya datang awal, seawal 7.30 pagi dah ada dipejabat. Dalam masa 30 minit tu lah saya lihat web jualan, cek email kalau ada tempahan dari pelanggan dan terus proses. Mula jam 8 pagi, kena buat kerja pejabat la plak kan...

Kemudian bila lagi saya lihat ebizz ni, masa lunch hour. Sebelum pergi lunch tu, boleh la tengok sekejab dalam 10-15 minit, cek email atau kemaskini web kita sikit-sikit dan lepas tu terus pergi makan.
Kemudian, last sekali masa nak balik, curi masa 10 minit sebelum balik tu untuk tengok order, tulis blog dan sebagainya.

Sebagai part-timer IM ni, masa yang paling lama berada depan komputer adalah sebelah malam, biasanya mula dlm 10.30 mlm hingga 12.00 mlm dan juga hujung minggu. Gunakan hujung minggu anda sebaik mungkin untuk IM, tapi kalau balik kampung susah sikit la sebab line internet tak der kat sana.

http://www.jomwebtemplate.com

Jika anda juga IM part-time, kongsikan pengurusan masa anda di sini.

Terima kasih.

Tuesday, November 4, 2008

SEO Terkini Web jualan saya!

Assalamualaikum & salamsejahtera,

Alhamdulillah, setelah bekerja dan berusaha untuk menaikkan kedudukan ranking web saya, kini ia semakin baik dan meningkat. Dengan menggunakan keyword "Template Laman Web", web saya kedudukan pada kedudukan ke-2 di Google, ke-2 di Yahoo dan kedudukan pertama di MSN.

Mari kita tengok gambarajah ranking tersebut:

Google rangking ke-2


























Yahoo rangking ke-2



























MSN ranking pertama






















Macam mana nak dapat hasil macam ni yer? Semuanya saya dedahkan dalam ebook bertajuk "Ebook SEO 3 Gergasi". Inilah satu-satunya ebook yang mendedahkan kepada anda teknik optimasi khas kepada 3 gergasi search engine di dunia iaitu Google, Yahoo dan MSN.

Ketahui 9 Langkah SEO yang Berkesan Sekarang...

Terima kasih