Tuesday, December 30, 2008

Percuma 50 widget untuk web/blog anda!

























Assalamualaikum,

Kalau sebelum ni saya ada berkongsi dengan anda 50 tempplate untuk blog anda, dan kali ni saya nak share pulak 50 Widget untuk mencantikkan lagi blog anda. Semua FREE, download jer dan pasang pada web/blog anda, mudah jer kan...

Apa itu Widget?

Widget adalah tambahan tool untuk blog atau website yang mempunyai fungsi pelbagai dan banyak sekali. Ia juga dapat mencantikkan lagi tampilan web/blog anda. Antara fungsinya adalah seperti:

1. real time traffic
2. Chatting
3. poll
4. display recent reader
5. graphic/video streaming

dan banyak lagi...

Download 50 widget di sini...


Terima kasih

Friday, December 19, 2008

Apa yang Pelik di Pulau Jerjak?


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apa khabar semua, harap-harap semuanya baik InsyaAllah.

Baik, kali ni post saya lain sikit, berkisar mengenai sebuah pulau yang telah berubah wajah. Saya sempat berkunjung ke pulau ini minggu lepas. Kalau anda tahu sejarah pulau ini, ia menjadi lebih menarik kerana ia telah berubah menjadi pusat peranginan. Tak pa, kita lihat sejarah dia sikit ya.


Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonialapabila Kolonel Arthur Wellesly of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan pangkalan tentera laut British pada tahun1797, bertujuan melindungi bandar baru 'Jamestown' (kini Bayan Lepas).

Pada 1910, Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.

Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai 'sanatorium' yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang menghidap batuk kering.

Berikutan itu kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orangpada satu-satu masa.

Kemudian Pulau Jerejak mendapat gelaran 'penjara' kerana pada 12Jun 1969, pulau ini dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggidengan nama samaran Alcatraz Malaysia.

Sebelum itu Pulau Jerejak dijadikan Kem Tahanan Politik Britishatau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan tahun 1948-1949.

Antara pejuang nasionalisme yang dipenjarakan di sini adalah DrBurhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, UstazSalleh, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan.

Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah sehingga mencecah 982 orang. Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200 meter dari pantai.

Bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga pada Mei 1988.

Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada tahun 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan SimpangRenggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993.

Sekarang ini, ia telah berubah menjadi sebuah pusat peranginan yang semakin mengukir nama di Pulau Pinang. Tapi, apa yang peliknya di pulau ini? Ya, biala saya sampai di disitu, satu benda yang pelik ialah kubur untuk menyimpan tahanan yang meninggal dunia. Kuburnya bercampur antara melayu, cina, india, Islam, bukan Islam dan sebagainya. Tak pernah saya tengok lagi tanah perkuburan macam ni. Satu pengalaman baru!

Terima kasih.

p/s: Bagi yang belum kahwin, klik sini...

Thursday, December 11, 2008

Beberapa Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Topik kali ini, saya nak ajak anda mengimbas kembali beberapa kesilapan saya semasa baru memulakan ebiz 2 tahun lalu. Masa tu, saya tak tau apa pun tentang ebiz ni sehinggalah saya menghadiri "Bengkel Jutawan Internet" anjuran Dr.Irfan Khairi.

Sejak dari itu, baru saya nampak bagaimana nak buat duit dari internet. Segala apa yg. saya dapat dari bengkel tu, cuba diaplikasikan sebaik mungkin, hasilnya 2 bulan selepas itu, kos untuk pergi bengkel tu telah balik modal. (Anda tahu tak berapa kos bengkel tu? Ya RM760, dengar cerita sekarang dah naik lagi). Saya dah boleh menjana pendapatan secara online, Alhamdulillah.

Walaupun begitu, masih terlalu awal dlm ebiz ni dan beberapa kesilapan telah saya lakukan. Kat sini saya nak kongsi dengan anda pengalam itu supaya anda tidak melakukan kesilapan yg. sama seperti saya:

1) Terlalu mengharapkan/memikirkan belian dari pelanggan hingga hilang fokus kepada pemasaran & promosi.
2) Takut-takut dan tidak yakin untuk laburkan duit untuk tujuan pengiklanan.
3) Ghairah membeli ebook mengenai ebiz hingga tak sempat nak baca dan fahamkan dengan baik.
4) Lemah semangat bila dapat feedback negatif dari seorang pelanggan hingga lupa kepada feedback positf dari 100 orang pelanggan.
5) Tak nak berkongsi ilmu ebiz dengan orang lain.
6) Tak yakin dengan laman web yg. kita bina boleh menghasilkan duit.

Takat tu saja rasanyer, tu lah pengalaman yg. boleh dikongsi dengan anda. Jadi, kalau anda seorang ebiz, jangan ulangan kesilapan yang sama, okey.

Nak tahu bagaimana nak bina "Download Page" yang selamat, klik di sini...

Terima kasih.

Tuesday, December 2, 2008

50 Template Blogger yang Cool!


Assalamualaikum & salamsejahtera,

Hari ada sesuatu yang nak saya kongsikan dengan anda, terutamanya kepada mereka yang ada blog dari Blogger.com.

Mungkin anda mencari sesuatu untuk mencantikkan blog anda tanpa bersusah payah nak design + letak gtafik yang cun...cun...

Mengapa perlukan blog yang cantik dan menarik?? Yer la, kalau blog tak cun, ditambah pula dengan content yang kurang, memang tidak ada daya penarik untuk menarik pelawat yang ramai. Pelawat mungkin hanya lawat sekali jer, lepas tu mereka tak layari dah blog anda.

Jadi, di sini saya berikan link pada anda untuk anda download Template Blog secara PERCUMA, ya free jer, tak kena bayar apa-apa.

Anda boleh download dari link di bawah:

http://www.hongkiat.com/blog/50-most-beautiful-blogger-templates


p/s: Jika anda nak buat downloadpage dengan ciri-ciri "Password Protected" Klik di sini...

Terima kasih.