Thursday, January 21, 2010

Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet!


SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.

Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AmaranancamankeselamatanpenggunaInternet/Article

Terima kasih

1 comments:

zairi faiezil said...

Salam Motivasi/Berkenalan..

Maklumat yang manfaat dri segi penggunaan Internet. Begitu maju sekali bidang ICT ini..

Tq.
Gaya Hebat Disukai Ramai

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini...